BujangJutawan.Com
Salam sejahtera dan salam hormat…
Agak lama saya tidak menulis disini. Apa pun saya mohon maaf sekiranya banyak pertanyaan atau permintaan yang tidak dapapt dijawab. Oh ya!, sebenarnya saya ingin menjemput anda ke web Blog baru saya iaitu Blog Bujang Jutawan
Blog ini akan khusus untuk pelawat yang menghadapi masalah kewangan peribadi yang serius. Blog ini dijadikan sebagai tempat perbincangan bagi mengatasi masalah kewangan anda. Jom la ke Bujang Jutawan :-)
Cover eBook 6 Teknik Membina Laman Web Mini
Ya, sebagaimana yang anda dapat lihat, ia merupakan cover ebook bagi buku 6 Teknik Membina Laman Web Mini yang telah saya hasilkan sendiri.
Diharapkan cover ebook ini dapat memberikan tanggapan positif dan hebat kepada anda. Jika anda mempunyai ebook, sewajarnya mestilah memiliki cover ebook yang menarik dan mampu memberikan tanggapan tentang isi kandungan ebook tersebut.
Jika anda bukan pakar grafik dan tidak mampu untuk membayar upah merekabentuk ebook cover anda yang sesetengahnya mencaj sehingga Rm100.00 untuk satu cover!! (Amat mahal pada saya, tetapi bergantung kepada kualiti grafik ebook tersebut).
Anda boleh menempah cover ebook dari saya dengan harga antara Rm18-Rm28 sahaja. Terdapat hanya dua jenis cover ebook iaitu standard ebook cover (Rm18) dan Box ebook cover (Rm28).
.
Hanya emailkan ke lee_niza@yahoo.com dan saya akan berikan sample ebook cover yang telah saya reka bentuk.
. Salam bisnes dari saya.
6 Teknik Membina Laman Web Mini (Perniagaan)
Sebagaimana yang sudah saya maklumkan kepada anda, saya di dalam proses pembikinan ebook terbaru iaitu “6 Teknik Membina Laman Web Mini (Perniagaan)”. Setakat ini, sudah mencapai tahap 80% hampir siap.
Mulai hari ini, saya akan menceritakan perkembangan mengenai eBook tersebut sehinggalah ianya siap sepenuhnya. Pada anda mungkin sudah ramai yang tahu bagaimana membina laman web, tetapi sebenarnya masih ramai lagi yang tidak tahu membina laman web yang berkualiti dan mampu menarik pengunjung untuk terus membeli produk yang anda tawarkan. (Saya ada rahsianya…!!)
Oleh itu, atas inisiatif saya dan dengan kesempatan untuk berkongsi ilmu yang ada dengan anda, saya telah berusaha untuk menghasilkan eBook ini.
Saya menjanjikan satu kelainan di dalam eBook ini di mana anda mampu membina laman web yang canggih, cantik dan berkualiti serta mampu mencapai jumlah pengunjung yang tinggi!
Anda tentu ingin tahu bagaiamana caranya untuk membina laman web dalam masa yang singkat tetapi menarik dan lengkap serta memenuhi ciri-ciri laman web perniagaan yang sebenar!
Setiap teknik yang ditunjukkan di dalam eBook ini cukup jelas dan disertakan dengan gambarajah agar anda lebih mudah difahami. Malah, saya juga akan menyertakan sekali perisian yang sering saya gunakan untuk perniagaan internet milik saya sendiri.
Anda perlu sedar bahawa 80% perniagaan internet gagal kerana rekabentuk laman web dan isi kandungannya yang kurang berkualiti dan tidak memenuhi kehendak perniagaan internet yang sebenar!
Anda juga perlu tahu bahawa kejayaan sesebuah perniagaan internet bergantung kepada cara persembahan “sales letter” kepada pengunjung! Bagaiamana? Nantikan “preview” yang akan saya berikan kepada anda dari masa ke semasa!
Jom Guna iTalk Mobile…!!!
Baru-baru ini saya ada cuba mengunakan iTalk Mobile (satu produk inovasi dari Telekom Malaysia – Syabas!!) ternyata ianya memang amat mudah dan menjimatkan panggilan saya, terutamanya panggilan yang agak jauh.
Mulanya saya agak ragu-ragu kerana takut akan di caj ke dalam bil telefon atau prepaid (telefon bimbit), namun sebaliknya berlaku. Ia hanya di caj pada akaun iTalk Mobile sahaja!! (hehehe… maklumlah, pengguna baru…
).
iTalk Mobile ni sesuai untuk anda yang “kaki gayut” atau ramai pelanggan penting yang perlu dihubungi hampir setiap hari err.. macam saya. Penjimatan yang saya perolehi hampir 50% daripada kebiasaan!!
Err…. jika anda mahukan maklumat lanjut dan mendapatkan harga produk iTalk Mobile di bawah harga pasaran, sila ke www.iTalkMobile.ZoneIklan.com. (tak boleh cerita panjang2, nanti SPAM pulak
).
Selamat Tahun Baru 2007….!!
Akhirnya, tahun 2007 telah pun muncul. Di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.
(rasanya tak terlewat untuk saya mengucapkannya).
Agak lama saya tidak menulis di Blog ini. Kira-kira lebih dari sebulan. Satu tempoh yang agak lama bagi usahawan internet (macam saya… hehehhe..) Jika anda pengunjung setia Blog ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anda.
Saya agak sibuk kebelakangan ini. Namun, saya tidak meninggalkan tugas2 sebagai seorang usahawan internet. Banyak yang saya pelajari sepanjang tahun 2006. Jika difikirkan kembali, saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan menjana pendapatan melalui internet!
Dari seorang yang tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan internet, kini sedikit sebanyak saya telah mempelajarinya sepanjang tahun 2006. Pendapatan yang diperolehi pada tahun lepas, pada saya sudah cukup berbaloi walaupun tidak membuatkan saya kaya tetapi ianya satu pengalaman yang cukup menarik.
Oh ya!. Saya juga sudah agak lama tidak “update” laman web www.ideaperniagaan.com. Saya sendiri agak kecewa juga tetapi InsyaAllah pada tahun ini, semuanya akan kembali seperti biasa. Jika anda mengunjungi www.ideaperniagaan.com, tentu anda melihat CD yang bertajuk “6 Teknik Membina Laman Web Mini (Perniagaan)”.
Untuk pengetahuan anda, eBook tersebut masih di dalam proses pembikinan. Pada tahun ini, saya bercadang untuk menghasilkan 2 eBook. 1 sudah ada di dalam perancangan dan satu lagi dalam proses mencari idea.
Sepanjang tahun 2006 juga saya telah menghasilkan 3 laman web perniagaan iaitu www.ideaperniagaan.com, www.ebook.ideaperniagaan.com dan www.zoneiklan.com. Ketiga2 web tersebut telah memberikan pulangan yang baik pada saya dan melebihi kos pembikinan.
Nantikan topik terbaru dan juga newsletter yang sudah agak lama saya tidak hantar kepada anda! Mulai minggu depan, anda akan memperolehi satu topik yang amat menarik dari saya!
Buat Duit : IdeaBlog Kembali Lagi…
Sudah agak lama saya menyepi, kira-kira sebulan lamanya. Tentu anda tertanya-tanya ke mana saya pergi sepanjang tempoh itu. Sebenarnya, saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Tambahan pula saya sedang menduduki peperiksaan.
Maklumlah, sebagai seorang pekerja dan juga seorang pelajar, saya perlu menguruskan masa dengan baik. Oleh itu, kerja-kerja mengemaskini web dan blog saya tangguhkan untuk sementara waktu.
Post saya hari ini bukan berkisar mengenai duit dari internet tetapi berkisar tentang MLM (Multi Level Marketing). Bukan saya mahu mengajak anda menyertai MLM, tidak! Tetapi, jika anda merupakan seorang agent MLM yang aktif tetapi sering menghadapi masalah untuk mencari downline, terdapat sebuah buku yang amat menarik untuk anda.
Buku ini memberikan anda satu tips dan teknik yang cukup mudah tetapi sering di abaikan oleh orang ramai tentang kaedah paling simple untuk mencari downline seramai 4 orang seminggu! Malah dalam masa 3 bulan, anda mampu mempunyai kumpulan MLM yang terlatih seramai 65 orang! Memang menakjubkan!
Buku tersebut baru sahaja saya memilikinya dan penulisnya merupakan Usahawan Internet yang tidak asing di Malaysia. Beliau ialah Zamri Nayan. Untuk maklumat lanjut mengenai buku tersebut, sila klik http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=fazdlie.
Oh ya! Jika anda salah seorang Usahawan Internet dan mempunyai pelbagai produk untuk dipasarkan kepada pengguna internet di seluruh dunia, khususnya di Malaysia sila layari www.ZoneIklan.com. Portal iklan ini menjanjikan satu kelainan kepada anda!
P/s : Doakan saya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini ya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
Sempena kehadiran bulan Syawal yang dijangka jatuh pada hari Selasa depan, saya mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin. Mudah-mudahan, segala ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini di terima oleh Allah.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh anda kepada ideaPERNIAGAAN.com. Segala pandangan dan pendapat yang telah diberikan oleh anda, banyak membantu meningkatkan mutu dan perkhidmatan yang saya tawarkan.
Akhir kata, berhati-hatilah semasa pulang ke kampung. Ingatlah keluarga tersayang dan ingatlah, kepulangan kita untuk di rai dan bukan untuk di tangisi.
Salam Aidilfitri dari ideaPERNIAGAAN.com
Anda Mahu Senang atau Kaya?
Baru-baru ini saya telah terjumpa satu eBook yang bertajuk “Dari Sifar Menjadi Usahawan”. eBook ini amat menarik dan sesuai untuk anda yang mahu menjadi salah seorang usahawan atau ahli perniagaan.
eBook ini mengandungi kata-kata perangsang dan motivasi yang mampu membangkitkan semangat anda untuk menjadi usahawan yang kaya! Jika anda rasa, anda mahu menjadi usahawan sekarang, dapatkannya eBook tersebut hari ini! Ianya percuma!
Download eBook PERCUMA “Dari Sifar Menjadi Usahawan” di sini! http://usahawan.d3ly.com/
Awas! Risiko Perbankan Internet!
Semalam kita digemparkan dengan risiko perbankan Internet! Apakah perbankan secara online tidak lagi selamat di Malaysia? atau adakah sistem keselamatan perbankan Internet sudah ketinggalan zaman?
Akhbar tempatan telah melaporkan bahawa sekumpulan pelajar universiti telah mencipta laman web yang seakan-akan serupa dengan laman web bank tempatan. Membina laman web yang serupa bukan lagi mustahil memandangkan terdapat pelbagai perisian tersebut di pasaran.
Kemudiannya, satu email telah dihantar secara rambang yang memaklumkan kepada penerima email agar mengemaskini akaun melalui link yang disertakan. Maklumat tersebut telah disimpan di dalam sistem rekod yang dicipta oleh pelajar tersebut. Kerugiaan dianggarkan berjumlah Rm36,000.00!
Hakikatnya, perbankan Internet mash lagi selamat. Namun begitu, pihak bank-bank tempatan perlulah sentiasa meningkatkan keselamatan transaksi perbankan Internet agar ianya tidak mudah dicerobohi. Dibawah ini saya sertakan beberapa tips untuk mengelak dari kejadian seperti diatas.
a. Memastikan nama domain bank anda adalah betul. Contohnya jika anda menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank, pastikan nama domainnya ialah www.Maybank2u.com.my dan bukan nama domain yang lain.
b. Sebarang masalah teknikal, hendaklah berurusan terus dengan bahagian teknikal bank anda melalui email yang diberikan atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan. Tanya seberapa banyak soalan sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
c. Jika terdapat email yang meragukan meminta anda mengemaskini akaun anda, dapatkan keterangan lanjut dari ‘technical support’ bank anda. Jika email tersebut palsu, laporkan dengan segera kepada pihak yang berkenaan.
Apa yang penting disini ialah menggunakan perbankan Internet amat disarankan tetapi anda harus berhati-hati dalam setiap urusan yang dilakukan. Pihak bank menyediakan sistem keselamatan, tetapi kecuaian dari anda boleh berlaku tanpa anda sedari!
7 Kunci Kejayaan Perniagaan Internet
Agak ramai yang memasang impian untuk menempa kejayaan khususnya kejayaan peribadi. Namun, tidak ramai yang sanggup berusaha untuk menjadikan sesebuah kejayaan itu satu realiti. Mengapa?
Untuk mencapai kejayaan bukannya mudah. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi dan banyak bergantung kepada sikap individu. Kejayaan akan terhasil melalui perancangan dan disiplin yang kuat pada diri sendiri. Berikut adalah 7 kunci yang mampu membuka pintu kejayaan kepada diri anda.
1. Motivasi diri : Anda perlu sentiasa memotivasikan diri. Setidak-tidaknya pilihlah idola yang berkaitan dengan kejayaan yang ingin anda capai. Contohnya, jika anda mahu berjaya di dalam perniagaan internet, jadikanlah Irfan Khairi sebagai idola & motivasi kepada diri anda!
2. Selalu tersenyum : Orang yang nampak kejayaannya di masa hadapan akan sentiasa tersenyum. Senyum itu satu motivasi dalaman yang meransang otak agar berfikir dengan lebih positif dan mampu mengurangkan cetusan-cetusan idea yang negatif.
3. Hargai diri : Tidak ramai orang yang mampu menghargai diri sendiri. Memang di akui setiap manusia itu mempunyai kelemahannya. Tetapi, jangan di jadikan kelemahan itu satu faktor yang menghalang kejayaan. Sebaliknya, kelebihan yang ada ditonjolkan dan sentiasa diperbaiki agar kelemahan itu dapat dikurangkan.
4. Yakin dengan kemampuan diri : Adanya keyakinan, semua perkara yang ingin anda lakukan akan tetap terhasil. Hanya cara sahaja yang membezakannya! Jika anda yakin dengan kemampuan diri dan mengenetepikan kritikan yang menjatuhkan anda, pasti anda akan lebih berjaya!
5. Keinginan untuk berjaya : Memang benar! Untuk berjaya, anda mesti mempunyai keinginan untuk berjaya. Sama lah halnya jika anda mahu menjadi jutawan, anda perlu menanamkan keinginan di dalam diri anda untuk menjadi jutawan! Cara ini akan mendorong akan membuat keputusan ke arah kejayaan!
6. Berkawan dengan mereka yang telah berjaya : Jika kita lihat, ramai mereka yang berjaya bergaul dengan orang-orang yang telah berjaya. Tujuannya bukan sekadar kawan tetapi isi kandungan di dalam pergaulan. Orang yang berjaya sentiasa berbual mengenai cara-cara untuk berjaya, motivasi kendiri dan bertukar-tukar pendapat.
7. Hindari dari golongan yang berfikiran negatif : Jangan sesekali menghampiri mereka kerana segala kritikan dan pendapat-pendapat negatif yang dilontarkan mampu menjatuhkan keinginan anda untuk berjaya! Mereka ini ibarat virus yang boleh meranapkan impian seseorang!
7 kunci kejayaan yang saya sebutkan di atas diharap dapat membantu anda untuk merancang kejayaan yang lebih bererti. Biarlah kejayaan itu meninggalkan kenangan manis sehingga ke anak cucu!


