Archive for Julai 2006

Logo Perniagaan Internet Anda

Sudahkah anda mempunyai logo untuk perniagaan internet anda? Jika belum, anda patut memiliki logo anda sendiri! Apa rasionalnya logo kepada syarikat atau perniagaan anda? Cuba kita perhatikan keadaan di sekeliling, daripada jabatan kerajaan sehinggalah syarikat swasta dan kedai2 kecil tentu mempunyai logonya yang tersendiri.

Mengapa mesti mempunyai logo? Logo sebenarnya mampu memberikan kesan yang lebih mendalam kepada pengunjung. Mereka lebih mudah mengingati logo berbanding struktur syarikat anda.

Anda tentu pernah melihat logo IBM iaitu syarikat pengeluar perkakasan komputer terkemuka dunia. Apa yang anda bayangkan tentulah komputer dan bukannya syarikat. Bagaimana anda boleh mengaitkan logo tersebut dengan komputer? Sudah tentu kerana logo tersebut dilekatkan pada perkakasan komputer yang dijual!

Di sebelah ini ialah logo bagi perniagaan saya. Anda tidak perlu mencipta logo yang terlalu rumit, sebaliknya ciptalah logo yang mudah dan tidak menggunakan lebih daripada 3 warna.

Letakkan logo anda di invois, surat, resit, iklan2, produk, kad perniagaan, laman web dan tempat2 yang mampu menarik perhatian orang ramai.

Jika anda perlukan idea untuk mencipta logo, perhatikan sahaja logo2 yang ada dilaman web orang lain. Jadikannya sebagai contoh. Anda patut mencipta logo yang sesuai dengan perniagaan anda! :-)

Panduan perniagaan internet http://www.ideaperniagaan.com/

2 comments Julai 28, 2006

Produk Terlaris Di Pasaran Perniagaan Internet

Sebelum ini, anda sudah pun tahu bagaimana memperoleh produk yang mendapat tempat di pasaran internet. Sudahkah anda mengenalpasti produk apakah yang sesuai untuk anda pasarkan? Jika sudah, tahniah saya ucapkan!

Tahukah anda, produk yang paling mudah untuk dipasarkan dan paling banyak mendapat sambutan ialah produk berbentuk eBook. Mengapa eBook? eBook merupakan sebuah buku digital yang mengandungi maklumat-maklumat seperti buku-buku biasa.

eBook amat mudah untuk dipasarkan di internet. Anda tidak perlu menyimpan stok yang banyak, tetapi anda hanya perlu menyimpan fail induk (master file). Apabila pelanggan membeli eBook anda, anda hanya membuat salinan dan hantarkan kepada pelanggan. eBook tersebut juga boleh di muat turun melalui link khas setelah pengesahan bayaran di lakukan.

Dr. Irfan Khairi juga telah menyatakan di dalam bukunya iaitu “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” bahawa eBook merupakan produk yang paling hangat dan laris di pasaran.

Anda juga boleh membina eBook anda sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang anda miliki!. :-)

Rujuklah panduan membina perniagaan internet di http://www.ideaperniagaan.com/

Add comment Julai 26, 2006

Jutawan Perniagaan Internet

Hari ini saya ingin bercerita mengenai jutawan-jutawan internet yang cukup terkenal di Malaysia. Siapakah mereka? :-)

Dr. Irfan Khairi telah menjadi jutawan internet pada usia yang cukup muda iaitu 25 tahun. Salah satu perniagaan internet kepunyaan beliau mendapat keuntungan bersih sebanyak Rm1,000,000.00 selepas 3 tahun beroperasi.

Fione Tan merupakan jutawan muda di Malaysia. Beliau mempunyai syarikatnya sendiri iaitu eOneNet Sdn. Bhd. yang mempunyai produk yang hebat iaitu pembelajaran perniagaan internet. Perniagaan beliau sudah merentasi benua China!

Seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Sen Ze telah menulis eBook 16 Different Killer Money-Making Internet Business You Can Copy For Your Own yang dijual pada harga US$97 bersamaan RM370 sebuah! eBook beliau mendapat pesanan yang amat banyak dari luar negara!

Anda bila lagi mahu menjadi salah seorang daripada mereka? Dapatkan panduan memulakan perniagaan internet secara efektif di sini. http://www.ideaperniagaan.com/. :-)  

2 comments Julai 26, 2006

Resepi Menjadi Jutawan Internet!

Semalam saya ‘post’kan topik yang amat menarik kepada anda yang sedang menganggur. Mudah2an tips yang diberikan dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diimpikan. :-)

Hari ini saya hidangkan kepada anda, satu hidangan yang paling istimewa iaitu “Resepi Menjadi Jutawan Internet!”. Bunyinya amat hebat. Agaknya, apakah resepi yang bakal saya hidangkan kepada anda? Semuanya ada saya senaraikan dibawah :

a) Berusaha bersungguh2 : Sudah tentu anda perlu berusaha bersungguh2 untuk menjadi jutawan internet. Tidak ada seoarang pun yang menjadi jutawan dengan hanya menggoyangkan kakinya sahaja!

b) Menuntut & menambahkan ilmu yang berkaitan : Tambahkan ilmu2 berkaitan perniagaan internet dan teknologi2 terbaru yang muncul berkaitan dengan web bisnes atau produk yang dijual. Satu hari nanti anda pasti akan jadi pakar rujuk terkenal!

c) Selalu bertanya kepada yang pakar dan berkawan dengan mereka : Jika anda tidak tahu apa2 mengenai perniagaan internet, inilah masanya untuk anda berdampingan dengan rakan2 atau cari mentor untuk mengajar anda tentang perniagaan internet!

d) Jangan mudah putus asa : Jika anda mudah berputus asa, jangan bermimpi untuk menjadi jutawan. Kuatkan semangat dan pupuk keazaman yang tinggi dalam meneruskan cita2 anda menjadi JUTAWAN INTERNET!

f) Jangan hangat2 tahi ayam : Hanya anda yang serius sahaja boleh terlibat dalam perniagaan internet. Janganlah menjadi hangat2 tahi ayam. Rugi masa dan wang sahaja. Jika anda benar2 mahu menjadi jutawan internet, anda perlu yakin dan serius dalam bidang ini!

Berkobar2 saya menulis blog ini hanya semata2 mahu memberikan semangat dan motivasi kepada anda. Jika anda telah memulakan perniagaan internet, teruskan usaha anda!

Sudahkah anda memiliki eBook Percuma! 7 Rahsia Bisnes Gaya Pos Dijamin Laris? Jika belum, dapatkannya disini. http://www.ideaperniagaan.com/

2 comments Julai 25, 2006

Panduan Jawab Soalan Ketika Ditemuduga ~ Peluang Kerja ICT

Topik pada hari ini saya khususkan kepada para graduan yang masih lagi belum mempunyai pekerjaan. Apa yang dapat saya perhatikan, ada segelintir di antara graduan ini tidak menekankan aspek yang penting ketika di temuduga. Akhirnya, gagal mendapat sebarang pekerjaan.

Tujuan temuduga yang sebenarnya hanyalah untuk melihat tahap keyakinan diri anda ketika berkomunikasi. Penemuduga bukan mahu mengetahui latar belakang anda semata-mata tetapi sebaliknya mahu mengetahui kelebihan yang anda miliki. Jadi, anda perlu menyenaraikan sekurang2nya 5 kelebihan yang ada. Kemudian, sediakan skrip seperti berikut :

“Saya berkecimpung dalam industri ICT sejak 5 tahun lalu. Saya berpengalaman menguruskan permintaan dalam bidang teknologi maklumat. Satu sebab saya meminati bidang ini adalah kerana cabaran yang datang dan peluang bertemu pelanggan. Hasil hubungan baik saya dengan pelanggan telah membantu menaikkan urus niaga sebanyak 30%.

Saya seorang yang suka memberikan perhatian penuh dan menyiapkan kerja mengikut tempoh yang diberikan. Saya berminat menyertai syarikat ini dan bersedia menyertai kumpulan kerja yang proaktif dan memberikan impak yang positif kepada syarikat.”

Di bawah ini beberapa tips yang perlu anda lakukan :

a) Membuat persediaan rapi mengenai soalan yang mungkin di tanya ketika di temuduga. b) Menyediakan jawapan yang terbaik bagi menonjolkan kelebihan diri. c) Fokus pada soalan dan tumpukan pada pengalaman, kemahiran, kelebihan dan isu semasa. d) Menyatakan kejayaan yang pernah di capai sepanjang berkhidmat di syarikat dahulu. e) Bercakap dengan yakin dan jangan meleret-leret.

Wahh!!.. hari ini, baru anda sedar betapa pentingnya temuduga. :-) http://www.ideaperniagaan.com/

6 comments Julai 24, 2006

Belanja Berhemah ~ Untungkan Diri Anda

Beberapa hari selepas siti membuat pengumuman untuk berkahwin dengan Dato’ Khalid, terdengar desas desus yang mengatakan bahawa perbelanjaan perkahwinan siti hampir menelan Rm1juta! Bagi anda, adakah ianya dikatakan membazir? Jika pendapatan Dato’ Khalid setahun Rm15juta, adakah ianya masih lagi dikatakan membazir? Bagaimana pula dengan anda yang berpendapatan Rm2,000.00 sebulan tetapi perbelanjaan perkahwinan anda mencecah Rm20 ribu? :-)

Hari ini saya bukan mahu bercerita mengenai siti nurhaliza tetapi memberikan anda panduan bagaimana cara yang terbaik untuk anda berbelanja secara berhemah. Berikut adalah tip tersebut.

a. Menyenaraikan barang-barang yang wajib dibeli : Sebelum anda keluar membeli keperluan rumah, anda wajib menyenaraikan barangan yang hendak dibeli. Ini memastikan bahawa anda membawa wang yang secukupnya & tidak membeli barangan yang tidak diperlukan selain dapat menganggar bajet yang sedia ada.

b. Jangan membawa kad kredit : Jangan sesekali membawa kad kredit ke pasar raya. Ini boleh menyebabkan anda mudah membeli barangan yang tidak diperlukan selain berbelanja lebih. Ingatlah, caj bulanan menanti anda! :-)

c. Bawa wang yang secukupnya : Bawalah wang tunai secukupnya. Jika sebelum ini anda menyimpan resit pembelian, tentu anda dapat menganggarkan jumlah yang sepatutnya anda bawa. Jangan membawa wang yang lebih dari sepatutnya. Anda juga akan mudah membeli barangan lain setelah melihat wang yang masih berbaki di dalam dompet anda!

d. Elak membeli barang yang tiada di dalam senarai : Pejamkan sahaja mata anda dari melihat barangan yang tidak ada dalam senarai. Jika anda rasa ianya amat perlu, masukkannya di dalam senarai bulan depan dan beli pada bulan tersebut. Jika anda membelinya pada bulan ini, tentu bajet anda sudah lari!

e. Cuba tawar menawar harga barangan : Sudah tentu anda tidak boleh tawar menawar harga barangan di pasara raya tetapi jika anda membeli barangan keperluan di pasar malam, apa kata anda tawar-menawar. Anda tidak rugi sebaliknya anda yang untung kerana dapat mengurangkan perbelanjaan pada bulan itu!

Lagi sikit anda berbelanja, lagi banyaklah anda menyimpan. http://www.ideaperniagaan.com/

3 comments Julai 20, 2006

Tempat Pelaburan Yang Paling Baik!

Pernahkan anda menerima hadiah berupa wang tunai? atau tentu anda pernah menerima bonus gaji tahunan. Setidak-tidaknya anda pernah menerima gaji bulanan. Selalunya, apakah yang anda fikirkan tentang wang tersebut?

Apa yang dapat saya jangkakan, rata-rata ramai di antara anda sedang berkira-kira mahu menyelesaikan yuran persekolahan anak-anak, percutian keluarga, membeli set kelengkapan dapur yang baru dan tidak kurang juga mahu membeli saham! Iaitu lebih daripada 80% daripada penduduk Malaysia memikirkan untuk berbelanja!

Tidak ramai yang berfikir untuk menyimpan sedikit wang walaupun tahu akan kepentingannya! Sebenarnya menyimpan adalah cukup mudah sekali. Tahukah anda tempat pelaburan yang paling baik sekali ialah ANDA sendiri. Pastikan anda menyimpan sekurang2nya 10% daripada pendapatan anda. Simpanlah secara tetap, kerana anda akan menerima hasil yang menakjubkan. :-)

Bagaimana mendapat Rm1,000,000.00? Cubalah anda menyimpan Rm300.00 sebulan di tempat yang memberikan pulangan 15% setahun. Selepas 27 tahun, anda akan menerima Rm1,020,847.56 dan bukannya RM97,200.00! Anda akan menerima hasil yang sebegini rupa jika tidak mengeluarkan wang dalam tempoh tersebut.

Anda tidak percaya? Cubalah, selepas 5 tahun, anda pasti akan teruja dengan simpanan anda. Simpanan merupakan pelaburan jangka panjang & bukannya pelaburan jangka pendek.

http://www.ideaperniagaan.com/ 

1 comment Julai 19, 2006

Jangan Buang Masa.. Bina Web Site Cara Mudah!

Sudah 2 minggu saya mengedalikan ideaBLOG.com ini. Jika anda mengikuti setiap topik yang saya ‘post’kan, sudah pasti ada perubahan yang menakjubkan pada diri anda! :-)

Beberapa siri yang lepas, saya telah memberikan tip2 berharga bagaimana membina laman web perniagaan internet. Hari ini, saya akan berikan tip yang cukup mudah untuk anda membina laman web perniagaan internet. Saya akan dedahkan RAHSIANYA!

Untuk membina mini web perniagaan internet, anda tidak memerlukan laman web yang canggih. Jadi, saya mengesyorkan kepada anda supaya gunakan software Ms Front Page. Cukup mudah untuk anda menggunakannya. Anda hanya perlu melayari mana2 laman web yang anda minati atau dapatkan web template yang banyak diberikan secara PERCUMA di internet.

Sesudah itu anda boleh meng’edit’ semula laman web tersebut, atau web tempate dengan gaya atau paparan yang anda inginkan. Anda boleh menukar warna, rekabentuk, tulisan dan sebagainya. Jadikan laman asal tersebut kepada laman web anda sendiri!

Ingat, anda boleh mengambil mana-mana web template atau laman web orang lain untuk menjadikan laman web anda. Tetapi anda perlu pastikan yang anda tidak menciplak bulat-bulat laman web orang lain. Jika perlu, ubah kod html yang asal!

Dalam masa 1 jam sahaja, anda sudah boleh membina laman web anda sendiri! Anda tidak perlu bersusah payah memikirkan rekabentuk atau berhempas pulas & membuang masa yang banyak hanya kerana anda tidak tahu kod html! Mulakan hari ini! :-)

Panduang perniagaan internet yang mudah difahami di http://www.ideaperniagaan.com/

4 comments Julai 19, 2006

Web Hosting Terbaik Anda…

Pada minggu lepas, saya telah memberikan tip-tip bagaimana memilih nama domain yang terbaik untuk perniagaan internet anda. Hari ini, saya berikan pula tip bagaimana memilih web hosting yang anda perlukan. Berikut adalah antara ciri-ciri web hosting yang anda perlukan.

a. Saiz minimum 50Mb : Ruang saiz yang paling sesuai untuk anda membina laman web ialah sekurang2nya 50Mb. Namun, ianya bergantung kepada keperluan anda. Sekiranya laman web yang dibina hanya memerlukan ruang yang sedikit, anda hanya memerlukan lebih separuh daripada saiz laman web tersebut. Contohnya, jika saiz laman web anda hanyalah 5Mb, maka saiz minimun anda ialah 20Mb atau lebih.

b. Bandwith minimum 10gb : Semasa memilih web hosting, perkara utama yang perlu anda berikan perhatian ialah bandwith iaitu ruang pemindahan. Ruang pemindahan ini bertujuan membolehkan pelawat-pelawat melayari laman web anda dalam satu masa-masa tertentu. Lebih besar ruang tersebut maka lebih ramai yang boleh melawat laman web anda pada satu2 masa.

c. Email tidak terhad : Anda sepatutnya boleh membina seberapa banyak email yang anda rasakan perlu. Contohnya seperti admin@ideaperniagaan.com, info@ideaperniagaan.com dan sebagainya.

d. Autoresponder : Pada hari ini, autoresponder dilihat sebagai satu perisian yang amat diperlukan. Tujuannya supaya kerja-kerja khusus dalam pengurusan email dapat dilaksanakan dengan cekap dan cepat. Contohnya, anda mengisi nama dan email dalam borang yang disediakan untuk mendapatkan eBook percuma. Sebaik sahaja maklumat tersebut dihantar, automatik anda akan menerima email pembalasan kurang dari 1 minit.

e. File Transfer Protocol (FTP) : Merupakan sebuah perisian yang membolehkan anda memuat naik fail-fail laman web ke server web hosting anda agar dapat dilihat dan dicapai oleh semua pengguna internet.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dalam eBook “Formula Rahsia Buat Wang Besar Secara Online” di http://www.ideaperniagaan.com/. :-)

Add comment Julai 18, 2006

PERCUMA 7 Rahsia Bisnes Gaya Pos Dijamin Laris!!!

Alhamdulillah, laman web http://www.ideaperniagaan.com/ telah dikemaskini sepenuhnya. Anda dijemput untuk mengunjunginya bila-bila masa. Marilah bersama-sama kita memberikan sokongan kepada dunia perniagaan internet yang tidak terbatas!

Hari ini tiada tips untuk anda. Anda tidak perlu kecewa kerana saya akan berikan kepada anda “7 Rahsia Bisnes Gaya Pos Dijamin Laris” secara PERCUMA! Anda cuma perlu melayari http://www.ideaperniagaan.com/formula.html/ dan isikan maklumat yang dikehendaki dengan lengkap di ruangan eBook PERCUMA! :-)

Anda juga dijemput untuk memberikan komen kepada semua tips2 yang ada di ideaBLOG.com ini. Segala pandangan dan pendapatan anda amat saya harapkan. Esok, nantikan topik terbaru dari saya mengenai web hosting yang terbaik untuk anda.

Panduan perniagaan internet paling komprenhensif di http://www.ideaperniagaan.com/

1 comment Julai 16, 2006

Previous Posts


Calendar

Julai 2006
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Kiriman Terbaru

Arkib

Blog Sahabat

Blog Stats