Archive for Ogos 2006

Peraduan Jawab & Menang! Sungguh Mudah!

Sudah agak lama saya tidak menulis di laman blog ini. Rasanya lebih daripada seminggu. Satu tempoh yang agak lama bagi usahawan internet! Sebenarnya bukanlah saya mahu menyepi, tetapi saya sibuk di belakang tabir.

Sejak minggu lepas, saya sibuk memahami dan mempelajari kaedah dan teknik pelaburan dalam unit amanah. Banyak ilmu-ilmu yang baru saya perolehi. Semua ini gara-gara saya ingin menjadi seperti Azizi Ali, seorang Jutawan Hartanah terkenal di Malaysia!

Saya memiliki beberapa buah buku beliau dan mempraktikkan sedikit sebanyak apa yang terkandung di dalam buku tersebut. Hasilnya memang agak mengkagumkan! Kedudukan kewangan saya bertambah baik dan kukuh! Beliau merupakan mentor saya dalam pengurusan kewangan! :-)

Oh, ya.. sepanjang minggu lepas juga saya telah ‘update’ laman web saya dengan menambah beberapa info dan perkhidmatan pembayaran (kini boleh membuat pembayaran melalui e-gold dan maybank2u.com.my). Hari ini, proses ‘update’ yang terakhir sedang dilakukan dan pada bila-bila masa, saya akan ‘upload’ ke dalam server.

Ada berita baik untuk anda! Pada 04 Sept 2006 ini, saya dengan rasa berbesar hati dan sukacitanya telah menganjurkan Peraduan Jawab & Menang! Hanya dengan menjawab 10 soalan mudah, anda berpeluang memenangi hadiah yang menarik! Jom sertainya…

http://www.ideaperniagaan.com/

2 comments Ogos 28, 2006

Email, Pemasaran Internet Paling Efektif ~ Elak SPAM!

Pada masa kini, email menjadi satu alat promosi yang kebanyakkannya digunakan oleh usahawan-usahawan internet. Ia menjadi satu alat perhubungan yang paling efektif secara tidak langsung membantu mempromosikan produk yang dijual.

Email-email yang diperolehi melalu borang yang pelanggan subcribe untuk berdaftar mahupun mendapatkan sesuatu yang PERCUMA! Kebiasaanya, software yang digunakan ialah autoresponder dan juga script php.

Pelanggan akan menerima tips-tips PERCUMA pada setiap minggu! dan bukannya mempromosikan produk secara terus. Pada permulaan email, tips-tips dan teknik-teknik diberikan sehinggalah di penghujung email tersebut, diletakkan signature.

Setelah beberapa kali email dihantar, barulah promosi berkaitan produk dijalankan. Namun ianya bukan secara terus tetapi lebih kepada bagaimana produk tersebut boleh memberikan manafaat kepada pelanggan!

Pada waktu saya menulis ini, masih ramai lagi yang menjalankan promosi melalui email dengan cara SPAM! SPAM merosakkan dunia perniagaan internet! Elakkannya sebelum bidang yang baru mula imengorak langkah untuk maju di Malaysia ini dipandang sepi!

Ramai yang tidak tahu apa itu SPAM. SPAM merupakan email yang dihantar kepada penerima email tanpa kebenaran penerima yang mengandungi iklan-iklan atau promosi berkaitan produk yang dijual!

Cara yang terbaik untuk mendapatkan email ialah dengan menggunakan autoresponder! Saya berharap email-email SPAM yang berleluasa ini dapat dikurangkan! :-)

http://www.ideaperniagaan.com

5 comments Ogos 16, 2006

Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet Dalam Masa 7 Hari!

Setelah tiga hari berturut-turut saya berkongsi dengan anda hal-hal kewangan, hari ini kita berbalik semula kepada soal perniagaan internet. Sebelum tajuk ini, saya ada memberikan kepada anda tentang kelebihan merancang perniagaan internet. Hari ini, saya akan berikan kepada anda bagaimana dalam masa 7 hari, anda boleh membina perniagaan internet!

Secara umumnya, anda tahu bagaimana hendak merancang untuk memulakan perniagaan internet. Namun, bagaimana teknik yang terbaik boleh anda aplikasikan dalam proses merancang? Dengan teknik yang saya berikan dibawah ini, pasti anda mampu melakukannya!

a. Hari pertama : Mengenalpasti permintaan dan penawaran di internet. Memilih produk dan mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang ada pada produk pesaing.

b. Hari kedua : Membina, mencipta, membangun atau mendapatkan produk. Mengenalpasti kelebihan pada produk tersebut dan menambahkan kelebihan-kelebihan yang ada pada produk pesaing ke dalam produk anda!

c. Hari ketiga : Memeriksa produk anda semula dan memperbaiki kelemahan yang wujud. Seboleh-bolehnya, pastikan produk anda mampu menarik perhatian pengunjung seterusnya membeli produk anda!

d. Hari keempat : Memilih nama domain dan web hosting yang terbaik. Pilih kata kunci (keywords) yang sesuai dengan produk anda dan keywords tersebut mempunyai rangking yang tinggi (tidak perlu terlalu tinggi).

e. Hari kelima : Bangunkan laman web mini anda yang pertama. Pastikan anda menggunakan SEO dan jangan sesekali meletakkan Black SEO! dan laman web anda bukanlah SCAM!

f. Hari keenam : Pilih kaedah pemasaran yang sesuai. Buat sedikit kajian mengenai potensi bagi setiap pengiklanan dari segi jumlah pengunjung dan convention rate.

g. Hari ketujuh : Lancarkan bisnes perniagaan internet anda. Lakukan promosi secara meluas di internet (secara online) dan juga secara offline. Jangan sesekali anda melakukan SPAM!

7 hari yang penuh dengan usaha-usaha membina empayar perniagaan internet anda. Semoga anda berjaya! :-)

http://www.ideaperniagaan.com/

5 comments Ogos 14, 2006

Peluang Pelaburan Unit Amahah di Malaysia

Sebagaimana yang telah saya janjikan semalam, hari ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai unit Amanah. Di Malaysia, unit Amanah yang paling mendapat sambutan ialah ASB. Tetapi sebelum itu, ASN telah muncul terlebih dahulu dan telah memberikan pulangan sebanyak 20% pada tahun pertama (1981).

Oleh kerana pada masa itu, pulangan yang diberikan amat tinggi, ramai yang tertarik untuk menyertai ASN. Selepas itu, wujud pula ASB yang kini menjadi tempat pelaburan utama rakyat Malaysia. Nilai dana yang dimiliki oleh PNB pada tahun 2002 ialah hampir 60 billion! Sehingga hari ini, dana unit Amanah terus bertapak kukuh di Malaysia.

Unit Amanah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya :

a. Pemilihan sekuriti yang terbaik : Satu badan khas ditubuhkan untuk menilai pasaran, penyata kewangan syarikat, mengenalpasti prestasi dan bijak menguruskan portfolio. Semua ini dilakukan sebelum pelaburan dibuat.

b. Pelbagai pelaburan : Sebaik anda melabur di dalam unit Amanah, duit anda akan dilaburkan ke dalam pelbagai jenis pelaburan seperti saham, bon, sekuriti dan sebagainya. Ini dilakukan risiko kerugian dapat dikurangkan berbanding dengan melabur hanya pada satu tempat sahaja.

c. Pelaburan minimum : Setakat ini, ASB menerima jumlah pelaburan permulaan yang paling minimum iaitu Rm100. Jadi anda mampu untuk menyertai pelaburan di dalam unit Amanah. Tambahan pula, anda boleh menambah tidak kira berapa jumlah yang anda mahukan selepas itu.

d. Cukup selamat : Tidak ada satu unit Amanah yang diberikan sebagai pinjaman. Semuanya digunakan untuk pelaburan. ASB juga walaupun mempunyai skim pinjaman, dana tersebut hanya diberikan kepada peminjam selepas peminjam selesai menjelaskan bayaran penuh mengikut tempoh yang ditetapkan!

Hanya dengan 4 kelebihan unit Amanah di Malaysia ini, cukup untuk anda yakin bahawa anda tidak akan rugi jika melabur ke dalam unit Amanah. Jika anda takut pada risiko, laburlah ke dalam ASB. Pasti menguntungkan! :-)

http://www.ideaperniagaan.com/

9 comments Ogos 11, 2006

Teknik Melabur di Pasaran Saham

Baru-baru ini media cetak seperti Berita Harian, Utusan dan sebagainya kecoh dengan kegagalan pelaburan yang dikeluarkan oleh pencarum KWSP. Ramai orang menyalahkan KWSP kerana kelonggaran pengeluaran yang diberikan untuk tujuan pelaburan.

Apa yang saya perhatikan, kesilapan yang sebenarnya adalah terletak kepada individu yang melaburkan wang caruman tersebut tanpa memiliki pengetahuan yang secukupnya. Jika caranya betul & mengikut prosedur, tentu akan memberikan pulangan seperti yang diharapkan.

Namun, kegagalan itu bukanlah satu faktor pelaburan di Malaysia telah jatuh merundum. Itu tanggapan yang salah! Telah menjadi adat, dunia pelaburan ada pasang surutnya. Disini saya ingin berikan kepada anda teknik bagaimana melabur dalam pasaran saham.

a. Kajian terhadap syarikat : Perkara pertama yang wajib anda lakukan ialah dengan mengkaji situasi syarikat tersebut, kedudukan kewangannya, perancangan masa depan dan jika anda mempunyai masa, kunjungilah syarikat tersebut.

b. Pelbagaikan pelaburan : Rata-rata kerana keinginan sifat yang tamak, pelabur hanya melabur di pasaran-pasaran yang tertentu sahaja terutama pasaran yang pada anggapan mereka mempunyai potensi yang tinggi! Sewajarnya, anda perlu melabur sekurang-kurangnya 10 saham berasingan pada masa yang sama. Ini dapat mengurangkan risiko kerugian yang besar kelak!

c. Bekerja keras : Untuk memperoleh pulangan yang besar dalam saham, anda wajib berusaha keras. Tambahkan ilmu mengenai pasaran saham, mengikuti perkembangan syarikat, memantau situasi syarikat, memastikan kedudukan kewangan syarikat tersebut stabil dan sebagainya. Usaha ini perlu dilakukan setiap hari.

d. Jangan dengar kata orang lain : Umumnya, ramai yang rugi di dalam pasaran saham kerana mendengar kata-kata orang lain. Adakah mereka itu pakar dalam pelaburan? Jika ya, tidak mengapa tetapi kalau tidak, saya pasti anda akan lebih mendapat kerugian yang lebih besar!

e. Dapatkan bantuan pakar : Inilah yang sepatutnya anda perlu lakukan sebagai jalan terakhir. Saya pasti, anda bukanlah pakar untuk melabur sendiri. Jadi, carilah seseorang (biasanya memang bekerja dalam bidang pelaburan) yang anda percayai untuk membantu anda melabur dalam pasaran saham. Sudah pasti ada yuran yang dikenakan. Tiada ada salahnya anda membayar yuran, apabila anda akan mendapat keuntungan yang setimpal!

Esok, saya akan menceritakan mengenai unit amanah khususnya ASB. :-)

http://www.ideaperniagaan.com/

Add comment Ogos 10, 2006

Bagaimana Menguruskan Hutang!

Sudah agak lama saya tidak memberikan anda tips mengenai pengurusan kewangan. Jadi, topik kita pada hari ini ialah teknik atau kaedah terbaik dalam menguruskan hutang anda!

Seperti kita sedia maklum, hidup kita tidak dapat lari daripada hutang. Beli rumah, terpaksa buat pinjaman, beli kereta, buat pinjaman lagi. Malah tidak ketinggalan juga perabot-perabot yang ada dirumah pun dibeli secara ansurans!

Disini saya berikan anda beberapa tips bagaimana menguruskan hutang dengan baik iaitu :

a. Hadkan hutang anda : Anda seharusnya menghadkan jumlah maksimum untuk hutang anda. Saya syorkan kepada anda, had hutang anda mestilah tidak melebihi 15% daripada jumlah pendapatan anda. Contohnya, jika gaji anda sebulan ialah Rm3,000 maka had hutang anda yang maksimum ialah Rm450 sahaja!

b. Jangan beli barangan sewa beli : Ya, janganlah sesekali anda membeli barangan secara sewa beli. Sebaik-baiknya belilah secara tunai. Jika tidak, anda akan terjerumus dengan masalah hutang keliling pinggang. Jika mahukan sesuatu barang itu, simpanlah wang yang secukupnya, kemudian belilah secara tunai!

c. Bayar hutang secara tetap : Anda wajib membayar hutang anda setiap kali bil sampai. Jangan tangguhkan sehingga tempoh yang terlalu lama kerana anda akan dikenakan penalti atau caj yang lain! Seboleh-bolehnya, bayarlah jumlah hutang yang maksimum (bayar penuh mengikut bulan) dan bukannya jumlah hutang yang minimum.

d. Bayar lebih jika mampu : Saya galakkan anda membayar lebih hutang anda. Selain dapat menyingkatkan tempoh hutang, faedah yang dikenakan juga akan berkurangan. Jika sebelum ini anda membayar sebanyak Rm300, maka tambahlah Rm50 ataupun Rm100!

Banyak lagi teknik-teknik bagaimana menguruskan hutang dengan berkesan. Apa yang penting, anda harus mengelakkan diri dari menambahkan hutang yang sedia anda! :-)

Bagaimana dengan pendapat anda?

http://www.ideaperniagaan.com/

4 comments Ogos 9, 2006

Tips Belajar Dari Kegagalan

Salah satu rahsia kejayaan itu ialah tidak pernah takut dengan kegagalan yang dihadapi. Kegagalan bagaikan sebuah cermin yang memperlihatkan kelemahan yang harus diperbaiki untuk menuju sebuah kejayaan!

Kegagalan akan membuatkan anda lebih matang. Ia merupakan salah satu ujian yang menguji kesabaran, ketabahan dan tidak putus asa. Namun, ada juga yang sering menyalahkan nasib sehingga tidak mahu berusaha untuk berubah.

Jadi, pada hari ini saya berikan kepada anda satu tips yang istimewa untuk anda berhadapan dengan kegagalan sekaligus memulakan langkah kejayaan anda yang lebih konsisten. :-)

a. Tabahkan diri anda : Ya, anda harus bersabar dan tabah. Kesabaran, ketabahan, tidak mudah beralah adalah kunci kepada kejayaan. Sikap malas dan tidak bersemangat hanya akan mengulangi kegagalan. Anda juga seharusnya rajin dan berdedikasi dalam melakukan tugas.

b. Kenal pasti punca : Anda harus mengenalpasti punca yang menyebabkan anda gagal. Perbaiki kelemahan tersebut. Tetapkan langkah2 yang sesuai agar anda tidak lagi menempuh kegagalan.

c. Cermin diri anda : Cermin sinonim dengan perkataan memotivasikan diri. Jadi, anda nilai kembali di atas setiap tindakan yang pernah anda lakukan. Ianya akan menjadikan sesuatu kerja anda sempurna sekiranya anda menilai setiap kali tindakan diambil.

d. Tetapkan matlamat : Untuk mencapai kejayaan, anda mesti mempunyai matlamat. Daripada matlamat, anda dapat menentukan hala tuju kejayaan anda. Pastikan anda mencapai target matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

e. Dapatkan bimbingan dari senior : Istilah “orang lama” memang biasa anda dengar. Ya, senior anda merupakan orang yang paling berpengalaman. Mereka pernah mengalami kegagalan. Belajarlah dari mereka. Pasti anda akan berasa lebih mudah untuk berjaya.

Sila klik http://www.ideaperniagaan.com/

3 comments Ogos 8, 2006

Kepentingan Merancang Perniagaan Internet

Pentingkah anda merancang perniagaan internet anda? Jawapannya bergantung kepada anda tetapi jika anda masih baru dan mula mahu menyertai bidang perniagaan internet ini, saya syorkan kepada anda agar meracang perniagaan internet anda terlebih dahulu.

Perniagaan internet merupakan sebuah perniagaan yang kecil tetapi memberikan pulangan yang besar dan prospek pelanggan dari seluruh dunia! Anda akan mendapat imbuhan yang lumayan jika cara yang anda gunakan adalah betul! Oleh itu, anda perlu meracangnya terlebih dahulu. (Melainkan jika anda adalah seorang pakar perniagaan internet). :-)

Apabila anda merancang, anda akan dapat menentukan jumlah modal yang terlibat (anda juga boleh mengurangkan jumlah modal mengikut kemahuan anda!). Selain itu, anda juga dapat melihat langkah2 yang perlu anda laksanakan untuk tujuan perniagaan anda. Tambahan pula, perancangan yang baik memberikan kesan yang positif terhadap perniagaan anda.

Tetapi, bukanlah bermaksud anda perlu merancang dengan penuh ketelitian dan terlalu sempurna. Silap haribulan nanti, anda tidak mampu untuk melaksanakannya pula. Ingat, perniagaan internet yang anda lakukan adalah secara sambilan dan secara kecil2an! bukannya sepenuh masa!

Anda hanya perlu merancang diperingkat permulaan sahaja iaitu dari segi produk, strategi perniagaan, pemasaran, mengenalpasti pesaing, perancangan kewangan dan pengurusan operasi. Semua ini anda boleh perolehi dalam eBook saya iaitu Formula Rahsia Buat Wang Beasr Secara Online.

Dapatkan panduan memulakan perniagaan internet di http://www.ideaperniagaan.com/

Add comment Ogos 7, 2006

Blog Perniagaan Internet Menaikkan Rangking Anda!

Baru-baru ini telah timbul isu blog yang digunakan untuk menyebarkan khabar angin dan fitnah yang berleluasa di Malaysia. Fenomena ini sudah berlaku sejak kewujudan blog di Malaysia. Bermula dengan isu-isu panas mengenai artis sehinggalah khabar angin yang mampu membawa musibah kepada perpaduan kaum di negara ini.

Di Malaysia, bloggers yang mendaftar lebih daripada 12,000 blog. Jika anda salah seorang daripadanya, pastikan anda tidak menyalahgunakan perkhidmatan ini. Gunakanlah sebaiknya dengan cara yang berhemah.

Blog di dalam perniagaan internet bukanlah sesuatu yang amat penting. Namun, jika perniagaan anda mempunyai blog, ia mampu menaikkan rangking anda di dalam enjin carian. Bagaimana pula tu? Antara beberapa sebabnya ialah :

Banyak menulis, banyaklah keywordnya : Memang benar, apabila anda banyak menulis mengenai perniagaan anda serta yang berkaitan dengan isu-isu semasa (seperti saya menulis mengenai pengurusan kewangan peribadi, motivasi perniagaan dan perniagaan internet), secara tidak langsung akan mewujudkan banyak kata kunci yang sering dicari oleh pengguna internet.

Sentiasa di kemaskini : Enjin carian lebih tertarik kepada laman web atau blog yang sentiasa dikemaskini sekurang2nya 2-3 kali seminggu. Jika anda mengemaskini blog anda pada setiap hari, tidak mustahil anda akan mendapat rangking 20 ke atas. Itu sudah cukup membuatkan web anda mendapat klik!

Sekiranya anda belum mempunyai blog perniagaan internet, wujudkan blog anda sekarang! Anda pasti akan menerima hasilnya! :-)

Dapatkan juga panduan memulakan perniagaan internet (bukan skim cepat kaya) di http://www.ideaperniagaan.com/

1 comment Ogos 4, 2006

Kesilapan Dalam Membina Laman Web Perniagaan

Salam bisnes kepada anda. Mulakan hari ini dengan semangat dan azam yang tinggi lebih2 lagi anda yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan internet. Untuk makluman anda, saya kini sedang dalam proses mengemaskini laman web http://www.ideaperniagaan.com/ dengan antaramuka yang lebih menarik dan penuh dengan infomasi semasa yang berkaitan dengan perniagaan internet.

Jika semalam, saya telah menyenaraikan ciri-ciri laman web perniagaan yang terbaik, hari ini pula saya mendedahkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan-usahawan internet sewaktu membina laman web terutamanya yang baru berjinak2 dalam bidang ini. Antara kesilapan itu ialah :

a) Link yang terputus : Perlu anda pastikan setelah selesai membina laman web, uji semua link agar ianya berfungsi dengan betul dan baik. Jangan biarkan pengunjung kecewa semasa melayari laman web anda kelak!

b) Maklumat lama : Laman web perniagaan yang baik ialah mengandungi maklumat yang sering dikemaskini sekurang2nya seminggu sekali. Selain menaikkan jaringan trafik di internet, pengunjung juga akan melawat laman web anda setiap hari!

c) Terlalu banyak huruf, warna dan grafik : Jangan sesekali menggunakan huruf yang terlalu berseni dan bersimpul2. Silap haribulan, tiada satu patah perkataan pun mampu dibaca oleh pengunjung walaupun ianya dalam bahasa Melayu! Begitu juga dengan warna yang pelbagai dan grafik yang terlampau banyak, hanya akan mengalih perhatian pengunjung dari membeli produk anda.

dan ada beberapa lagi kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan tanpa sedar. Semuanya boleh anda peroleh dari eBook Formula Rahsia Buat Wang Besar Secara Online di http://www.ideaperniagaan.com/. :-)

2 comments Ogos 3, 2006

Previous Posts


Calendar

Ogos 2006
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kiriman Terbaru

Arkib

Blog Sahabat

Blog Stats