Email, Pemasaran Internet Paling Efektif ~ Elak SPAM!
Ogos 16, 2006
Pada masa kini, email menjadi satu alat promosi yang kebanyakkannya digunakan oleh usahawan-usahawan internet. Ia menjadi satu alat perhubungan yang paling efektif secara tidak langsung membantu mempromosikan produk yang dijual.
Email-email yang diperolehi melalu borang yang pelanggan subcribe untuk berdaftar mahupun mendapatkan sesuatu yang PERCUMA! Kebiasaanya, software yang digunakan ialah autoresponder dan juga script php.
Pelanggan akan menerima tips-tips PERCUMA pada setiap minggu! dan bukannya mempromosikan produk secara terus. Pada permulaan email, tips-tips dan teknik-teknik diberikan sehinggalah di penghujung email tersebut, diletakkan signature.
Setelah beberapa kali email dihantar, barulah promosi berkaitan produk dijalankan. Namun ianya bukan secara terus tetapi lebih kepada bagaimana produk tersebut boleh memberikan manafaat kepada pelanggan!
Pada waktu saya menulis ini, masih ramai lagi yang menjalankan promosi melalui email dengan cara SPAM! SPAM merosakkan dunia perniagaan internet! Elakkannya sebelum bidang yang baru mula imengorak langkah untuk maju di Malaysia ini dipandang sepi!
Ramai yang tidak tahu apa itu SPAM. SPAM merupakan email yang dihantar kepada penerima email tanpa kebenaran penerima yang mengandungi iklan-iklan atau promosi berkaitan produk yang dijual!
Cara yang terbaik untuk mendapatkan email ialah dengan menggunakan autoresponder! Saya berharap email-email SPAM yang berleluasa ini dapat dikurangkan!
Entry Filed under: Pemasaran. .
5 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1.
Faliq | Ogos 20, 2006 at 3:05 pm
akum , betul tu..saya salah seorang peminat newsletter subscriber..saye biasanya akan baca newsletter yg saye subscribe je…jika anda ada tips nak buat newsletter sila la kongsi hehe
2.
sydinar | Ogos 23, 2006 at 7:19 pm
Saya setuju pendapat anda tentang keburukan SPAM ini. Saya sendiri ada menulis coretan dan pelbagai artikel tentang email marketing ini dan spam ini di blog saya di sini .
3.
mdpai | Ogos 27, 2006 at 3:49 am
memang betul apa yang dikatakan, teknik tersebut memang bagus, tapi yang mengikut pengalaman saya, ada juga yang menghantar email sebegitu (tips2 dan teknik, penghujung email baru letak signature), tapi 4-5 email sehari!! naik meyampah jadinya..
4.
ideablog | Ogos 28, 2006 at 8:16 am
Emm… kalau dah samapi 4 – 5 email sehari tu dah memang melampau.. nampak sangat la nak promote barang nya tu.. tu pun boleh jugak di kategorikan sebagai “half SPAM”..
5.
walikard | Ogos 28, 2006 at 11:00 pm
Dulu sebelum berada di landasan yang betul, saya pernah gak buat SPAM, dan tak tau pun itulah rupa-rupanya SPAM. Hmm, takde hasil gak. Alhamdulillah, bila ikut jalan yang betul, barulah berhasil. Kalau tak banyak pun, saya bersyukur sebab hasil yang saya dapat dari jalan yang betul, bukan SPAM