Archive for September 2006

Beli Buku Secara Online

Jika dahulu, rakyat Malaysia masih agak ragu-ragu dengan konsep membeli belah secara online. Namun, pada hari ini anda sendiri dapat melihat perkembangannya dari sehari ke sehari. Selaras dengan peningkatan pengetahuan mengenai perniagaan internet yang positif dan pengurangan penipuan (kecuali program buat wang).
Jika anda selalu melayari internet, tentu anda berjumpa dengan beribu-ribu laman web yang menjual ebook (electronik book) secara online dengan konsep laman web mini. Pelbagai maklumat yang diberikan dan produk percuma di tawarkan agar pelawat tertarik dengan produk tersebut.

Mungkin anda belum sedar bahawa konsep e-dagang ini telah pun diperluaskan ke sekolah-sekolah di Malaysia. Satu perkembangan yang cukup baik! Tahukah anda, pada masa akan datang, ibu bapa serta murid tidak perlu lagi berpusu-pusu membeli buku di koperasi.

Memang benar! satu syarikat milik penuh Bumiputera iaitu Ramadhan Consultancy Services Sdn Bhd (RCSSB) telah memperkenalkan konsep eKoperasi. eKoperasi ialah konsep jualan melalui internet yang aplikasinya diguna pakai oleh koperasi sekolah. Satu laman web akan dibina dan murid atau ibu bapa boleh mengakses dari mana sahaja.

Senarai barangan di pamerkan secara maya dan ibu bapa boleh menempah secara online. Bayaran boleh dilakukan dengan beberapa pilihan seperti kad kredit, bank transfer, cek dan sebagainya. Buku akan terus di hantar ke rumah selepas pembayaran. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu lagi berasak-asak pada setiap musim persekolahan.

Konsep ini juga mampu mengelakkan penipuan oleh anak-anak yang menyalahgunakan wang untuk membeli barangan yang tidak berfaedah. Malah ia secara tidak langsung mendidik anak-anak terhadap konsep e-dagang dan pada masa akan datang mampu berniaga sendiri secara online.

RCSSB mensasarkan 3,000 eKoperasi pada penghujung tahun 2006 dan untuk semua sekolah di seluruh negara pada Oktober 2007. Ini jelas menunjukkan pada masa akan datang konsep e-dagang ini semakin diterima oleh rakyat Malaysia!

Adakah anda mempunyai sebab lain yang menafikan kelebihan perniagaan internet (bukan program buat wang) ? Sudah tentu tidak! Tidak ada salahnya anda cuba menceburi bidang perniagaan internet ini. Modalnya terlalu kecil dan anda boleh mulakan dengan modal kurang dari Rm100 sebenarnya!

Oh ya! jangan lupa mengunjungi laman web saya untuk dapatkan tips-tips dan berita terkini berkaitan dengan perniagaan internet.

Jom ke http://www.ideaperniagaan.com/

1 comment September 28, 2006

Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi Anda

Sudah agak lama saya tidak menulis mengenai pengurusan kewangan peribadi. Harap, anda masih terus setia bersama dengan saya. Pada hari ini saya akan menyentuh mengenai Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi.

Umumnya ramai yang mengetahui bahawa penyata aliran tunai kewangan (aliran tunai keluar masuk) banyak digunakan di dalam perniagaan. Namun, ramai juga yang tidak sedar bahawa penyata aliran tunai ini juga boleh di praktikkan di dalam pengurusan kewangan peribadi.

Saya sendiri mempunyai Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi. Setiap pendapatan dan perbelanjaan harian, saya rekod di dalam daftar aliran tunai. Ini memudahkan saya untuk mengenalpasti perbelanjaan yang tidak penting dan boleh dianggap membazir. Malah, secara tidak langsung, saya juga dapat melihat status kedudukan kewangan semasa.

Saya mempunyai format Penyata Aliran Kewangan Peribadi yang dicipta oleh saya sendiri. Ia cukup mudah dan ‘users friendly’. Apa yang menariknya, saya hanya perlu memasukkan butir-butir pendapatan dan perbelanjaan sahaja. Untuk pengiraan secara keseluruhan, ia dilakukan secara automatik.

Format Penyata Aliran Kewangan Peribadi kepunyaan saya juga mampu memaparkan setiap bajet di awal bulan yang saya inginkan dan sekaligus dapat mengawal perbelanjaan agar tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan. Saya juga dapat menyediakan penyata kunci kira-kira pada setiap bulan dengan cepat. Adanya penyata kira-kira ini, saya dapat melihat sama ada saya boros atau pun tidak pada bulan tersebut!

Ini menunjukkan, mempunyai Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi pada masa kini amat diperlukan dalam mengurus dan mengawal perbelanjaan seharian. Jika anda inginkan format Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi tersebut, sila emailkan kepada saya di admin@ideaperniagaan.com.

Semoga dengan format Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi ini, anda akan dapat berjimat cermat dan mengurus dengan baik!

http://www.ideaperniagaan.com/  

39 comments September 20, 2006

Perniagaan Internet, Bukan Untuk Orang Malas!

Sebelum saya mengulas tajuk diatas, apakah perniagaan internet ini memang boleh dijalankan dengan begitu mudah sekali? Begitu besarkah pendapatan yang boleh diterima pada setiap hari?

Memang benar! Memang benar perniagaan internet cukup mudah untuk dimulakan. Memang benar juga, anda boleh mendapat pendapatan yang lumayan (jika kena caranya) di dalam perniagaan internet!

Namun begitu, untuk siapakah perniagaan internet ini? Adakah dengan hanya duduk di rumah anda sudah boleh mendapat pulangan yang lumayan? Adakah dengan hanya memiliki laman web, anda sudah boleh memperoleh pelanggan?

Hakikatnya, perniagaan internet ini samalah seperti perniagaan yang lain. Jika perniagaan offline banyak usaha yang perlu dilakukan bermula dari awal sehinggalah ke peringkat akhir, begitu juga dengan perniagaan internet.

Bezanya, perniagaan internet memerlukan usaha yang lebih diperingkat akhir iaitu promosi. Promosi wajib dilakukan agar users (pennguna internet), rakan-rakan, rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja dapat mengunjungi laman web anda sekaligus menjadi pelanggan!

Sedarlah, perniagaan internet bukanlah untuk orang yang malas untuk berusaha. Siapa kata dengan hanya ‘duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa’ boleh mendapat pendapatan yang besar? Usaha tetap perlu dilakukan pada setiap hari & masa.

Anda perlu bijak merangka strategi yang berkesan dalam setiap kerja yang anda lakukan dalam perniagaan internet. Jika tidak, bagaimana anda mahu menjadi usahawan internet? Perkataan usahawan itu sendiri menggambarkan bahawa usaha itu amat dituntut di dalam perniagaan.

Sekarang, cuba tanya pada diri anda, adakah anda akan cukup rajin dan kuat berusaha untuk menjadi usahawan internet atau setidak-tidaknya memiliki perniagaan internet? :-)

http://www.ideaperniagaan.com/

6 comments September 14, 2006

Groups – Adakah Ianya SPAM?

Sebelum saya menerangkan dengan lebih jelas, sudahkah anda membaca artikel yang bertajuk “SPAM, Teknik Pemasaran Kategori Jenayah Siber” di dalam laman web saya? Jika belum, adalah lebih baik anda membacanya terlebih dahulu.

Hari ini saya ingin mengulas sedikit mengenai Groups. Antara Groups yang terkenal ialah Yahoo! dan Google. Persoalan yang saya ingin tanyakan kepada anda, adakah Groups ini SPAM? SPAM boleh saya definisikan sebagai pemasaran iklan secara langsung tanpa kebenaran dari empunya email, forum dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, ia mesti mempunyai kebenaran, jika tidak, ia adalah SPAM!

Untuk menyertai Yahoo! Groups atau Google Groups, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Ini bermaksud, anda bersetuju untuk menerima email pada setiap hari (termasuklah iklan-iklan) yang boleh mencapai sebanyak 50 email untuk satu Groups.

Jika diikutkan secara teorinya, ia bukanlah SPAM yang nyata kerana telah mendapat persetujuan daripada anda terlebih dahulu. Namun, kewujudan Groups yang dilancarkan oleh Yahoo! ataupun Google sebenarnya adalah lebih kepada tempat perbicangan dan berkongsi maklumat sesama ahli.

Di Malaysia, Groups di jadikan sebagai medan pengiklananPuluhan Groups yang wujud kepunyaan rakyat Malaysia lebih menjurus kepada iklan. Cuba anda tanya diri anda sendiri, adakah anda menyertai Groups untuk berbincang sesama ahli (setiap Groups mempunyai topik tersendiri) atau pun untuk mengiklankan produk anda?

Kedua-dua soalan diatas akan menjurus kepada persoalan “adakah anda sudah bersedia menerima ratusan email setiap hari?” Jika jawapannya ya, ia bukanlah SPAM bagi anda. Namun ia adalah SPAM bagi mereka yang tidak mahu menyertainya (melainkan Groups yang khusus kepada perbincangan & perkongsian maklumat yang tidak menjurus kepada iklan).

Apabila anda sudah menyertai Groups nanti, rajin-rajinlah membuka ratusan email (banyak iklan dari info) dan memadamnya pada setiap hari! :-)

http://www.ideaperniagaan.com/

1 comment September 11, 2006

MPA jejak 10 laman web jual VCD haram

Sudahkah anda membaca surat khabar Berita Harian 04 Sept 2006? Anda berita yang amat menggemparkan terutamanya di dalam dunia perniagaan internet pada hari ini. Berikut adalah petikan daripada berita tersebut.

PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 10 laman web menjual cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak yang dihoskan diMalaysia, disenaraikan Motion Picture Association (MPA) sebagai laman web paling dikehendaki di dunia. MPA, yang mula mengesan kegiatan itu sejak enam tahun lalu, turut mengesyaki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 100 laman web paling dikehendakinya kerana menjual DVD dan VCD cetak rompak, dihoskan di negara ini.

Pengurus MPA bagi Malaysia, Nor Hayati Yahaya, berkata pihaknya masih menyiasat dan mengumpul maklumat mengenai pengusaha laman web terbabit, kemungkinan besar dikendalikan rakyat tempatan. “Sejak awal tahun ini, kita sudah mengesan lapan kes seumpama itu dan usaha terus dibuat bagi membanteras kegiatan penjualan DVD dan VCD cetak rompak melalui internet,” katanya kepada Berita Harian semalam.

MPA meletakkan 100 laman web termasuk 10 laman web yang dipercayai dihoskan di
Malaysia dalam senarai paling dikehendaki berdasarkan kekerapan kunjungan dan transaksi yang dikesan.

Nor Hayati berkata, seseorang pengendali laman web tidak semestinya mengusahakan satu laman tetapi mempunyai dua atau tiga laman web lain. Bagaimanapun, mereka boleh membangunkan laman web menggunakan hos negara lain.

Siasatan MPA mendapati mereka menawarkan DVD filem terbaru pada harga AS$7 (RM26.60) atau AS$8 (RM30.40) dan menghantar bekalan selepas bayaran dibuat melalui talian.

“Pelanggan dikatakan berpuas hati dengan DVD dan VCD cetak rompak yang dibeli dari laman web negara ini kerana mutunya lebih baik berbanding yang dikeluarkan negara lain.

“Pengeluar DVD dan VCD cetak rompak di negara ini bijak menyusun strategi kerana produk yang dikeluarkan ditampilkan menarik seperti sarung atau bekas simpanan yang menyamai produk asli,” katanya.

Beliau berkata, lazimnya laman web yang dihoskan pengendali perkhidmatan internet (ISP) melalui pelayan (server) di luar negara, sukar dikesan pihak berkuasa sehinggalah MPA memaklumkan kegiatan itu kepada pihak terbabit.

“Pemantauan menunjukkan internet kini menjadi perantara penjualan DVD dan VCD berikutan gerakan penguatkuasaan dan tindakan tegas kerajaan memerangi penjualan produk cetak rompak.

“Operasi yang dikendalikan MPA bersama KPDNHEP terhadap lanun cetak rompak terutama mereka yang menjalankan kegiatan berteraskan internet menunjukkan mereka memperoleh pendapatan lumayan kerana mempunyai pelanggan tetap di seluruh dunia.

Nor Hayati berkata, antara 30 hingga 40 laman web ditutup sejak MPA dan pihak berkuasa menjalankan operasi mengesan kegiatan itu di negara ini. MPA bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Pos Malaysia dan syarikat penghantaran barang bagi mengesan kegiatan menjual DVD dan VCD cetak rompak melalui talian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KPDNHEP, Iskandar Halim Sulaiman, berkata kementerian menubuhkan pasukan petugas khas bagi memerangi kegiatan cetak rompak melalui internet Jun lalu dan sehingga ini lapan operasi dikendalikan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka. “Kita memandang serius aliran perniagaan ini kerana sebelum ini kita mengesan ada pihak menjual produk tiruan seperti barangan kulit melalui internet,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kepada anda yang terlibat dengan aktiviti seperti ini, adalah diminta supaya menghentikan dengan serta merta. Undang-undang negara amat tegas dengan pesalah-pesalah yang menyalahgunakan teknologi internet. Janganlah anda mengelapkan masa depan dunia perniagaan internet di Malaysia!  http://www.ideaperniagaan.com/

1 comment September 4, 2006

Peluang Anda Merebut Hadiah!

Sebagaimana yang saya telah janjikan kepada anda, mulai 04 September 2006 ini Peraduan Jawab & Menang! Sila rujuk di laman web saya http://www.ideaperniagaan.com/ untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan soalan-soalan yang cukup mudah!

Oh ya! hari ini, PM kita iaitu Pak Lah akan mengumumkan Bajet 2007. Saya pasti, ramai yang menanti pengumuman tersebut, lebih-lebih lagi pegawai dan kakitangan kerajaan. Apa yang di war-warkan oleh Ceupacs, kakitangan kerajaan akan menerima bonus 2 bulan dan kenaikan gaji serta elaun khidmat awam. Apa pun, sama-samalah kita mendengar pembentangan Bajet 2007 kali ini.

Kepada usahawan-usahawan internet, Mungkin bajet kali ini akan memberikan sedikit impak kepada anda berikutan perkembangannya yang semakin meluas.

Jangan lupa menyertai peraduan yang saya anjurkan buat julun-julung kalinya di laman web saya. :-)

http://www.ideaperniagaan.com/

Add comment September 1, 2006


Calendar

September 2006
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Kiriman Terbaru

Arkib

Blog Sahabat

Blog Stats