MPA jejak 10 laman web jual VCD haram

September 4, 2006

Sudahkah anda membaca surat khabar Berita Harian 04 Sept 2006? Anda berita yang amat menggemparkan terutamanya di dalam dunia perniagaan internet pada hari ini. Berikut adalah petikan daripada berita tersebut.

PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 10 laman web menjual cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak yang dihoskan diMalaysia, disenaraikan Motion Picture Association (MPA) sebagai laman web paling dikehendaki di dunia. MPA, yang mula mengesan kegiatan itu sejak enam tahun lalu, turut mengesyaki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 100 laman web paling dikehendakinya kerana menjual DVD dan VCD cetak rompak, dihoskan di negara ini.

Pengurus MPA bagi Malaysia, Nor Hayati Yahaya, berkata pihaknya masih menyiasat dan mengumpul maklumat mengenai pengusaha laman web terbabit, kemungkinan besar dikendalikan rakyat tempatan. “Sejak awal tahun ini, kita sudah mengesan lapan kes seumpama itu dan usaha terus dibuat bagi membanteras kegiatan penjualan DVD dan VCD cetak rompak melalui internet,” katanya kepada Berita Harian semalam.

MPA meletakkan 100 laman web termasuk 10 laman web yang dipercayai dihoskan di
Malaysia dalam senarai paling dikehendaki berdasarkan kekerapan kunjungan dan transaksi yang dikesan.

Nor Hayati berkata, seseorang pengendali laman web tidak semestinya mengusahakan satu laman tetapi mempunyai dua atau tiga laman web lain. Bagaimanapun, mereka boleh membangunkan laman web menggunakan hos negara lain.

Siasatan MPA mendapati mereka menawarkan DVD filem terbaru pada harga AS$7 (RM26.60) atau AS$8 (RM30.40) dan menghantar bekalan selepas bayaran dibuat melalui talian.

“Pelanggan dikatakan berpuas hati dengan DVD dan VCD cetak rompak yang dibeli dari laman web negara ini kerana mutunya lebih baik berbanding yang dikeluarkan negara lain.

“Pengeluar DVD dan VCD cetak rompak di negara ini bijak menyusun strategi kerana produk yang dikeluarkan ditampilkan menarik seperti sarung atau bekas simpanan yang menyamai produk asli,” katanya.

Beliau berkata, lazimnya laman web yang dihoskan pengendali perkhidmatan internet (ISP) melalui pelayan (server) di luar negara, sukar dikesan pihak berkuasa sehinggalah MPA memaklumkan kegiatan itu kepada pihak terbabit.

“Pemantauan menunjukkan internet kini menjadi perantara penjualan DVD dan VCD berikutan gerakan penguatkuasaan dan tindakan tegas kerajaan memerangi penjualan produk cetak rompak.

“Operasi yang dikendalikan MPA bersama KPDNHEP terhadap lanun cetak rompak terutama mereka yang menjalankan kegiatan berteraskan internet menunjukkan mereka memperoleh pendapatan lumayan kerana mempunyai pelanggan tetap di seluruh dunia.

Nor Hayati berkata, antara 30 hingga 40 laman web ditutup sejak MPA dan pihak berkuasa menjalankan operasi mengesan kegiatan itu di negara ini. MPA bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Pos Malaysia dan syarikat penghantaran barang bagi mengesan kegiatan menjual DVD dan VCD cetak rompak melalui talian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KPDNHEP, Iskandar Halim Sulaiman, berkata kementerian menubuhkan pasukan petugas khas bagi memerangi kegiatan cetak rompak melalui internet Jun lalu dan sehingga ini lapan operasi dikendalikan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka. “Kita memandang serius aliran perniagaan ini kerana sebelum ini kita mengesan ada pihak menjual produk tiruan seperti barangan kulit melalui internet,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kepada anda yang terlibat dengan aktiviti seperti ini, adalah diminta supaya menghentikan dengan serta merta. Undang-undang negara amat tegas dengan pesalah-pesalah yang menyalahgunakan teknologi internet. Janganlah anda mengelapkan masa depan dunia perniagaan internet di Malaysia!  http://www.ideaperniagaan.com/

Entry Filed under: Umum. .

1 Comment Add your own

  • 1. soulof99  |  September 5, 2006 at 2:48 am

    Pergh.. ganas gak Malaysia ni ya.. :o

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calendar

September 2006
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Kiriman Terbaru

Arkib

Blog Sahabat

Blog Stats