Archive for Oktober 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Sempena kehadiran bulan Syawal yang dijangka jatuh pada hari Selasa depan, saya mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin. Mudah-mudahan, segala ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini di terima oleh Allah.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan  yang diberikan oleh anda kepada ideaPERNIAGAAN.com. Segala pandangan dan pendapat yang telah diberikan oleh anda, banyak membantu meningkatkan mutu dan perkhidmatan yang saya tawarkan.

Akhir kata, berhati-hatilah semasa pulang ke kampung. Ingatlah keluarga tersayang dan ingatlah, kepulangan kita untuk di rai dan bukan untuk di tangisi.

Salam Aidilfitri dari ideaPERNIAGAAN.com

www.ideaPERNIAGAAN.com

Add comment Oktober 20, 2006

Anda Mahu Senang atau Kaya?

Baru-baru ini saya telah terjumpa satu eBook yang bertajuk “Dari Sifar Menjadi Usahawan”. eBook ini amat menarik dan sesuai untuk anda yang mahu menjadi salah seorang usahawan atau ahli perniagaan.

eBook ini mengandungi kata-kata perangsang dan motivasi yang mampu membangkitkan semangat anda untuk menjadi usahawan yang kaya! Jika anda rasa, anda mahu menjadi usahawan sekarang, dapatkannya eBook tersebut hari ini! Ianya percuma!

Download eBook PERCUMA “Dari Sifar Menjadi Usahawan” di sini! http://usahawan.d3ly.com/

www.ebook.ideaperniagaan.com

2 comments Oktober 17, 2006

Awas! Risiko Perbankan Internet!

Semalam kita digemparkan dengan risiko perbankan Internet! Apakah perbankan secara online tidak lagi selamat di Malaysia? atau adakah sistem keselamatan perbankan Internet sudah ketinggalan zaman?

Akhbar tempatan telah melaporkan bahawa sekumpulan pelajar universiti telah mencipta laman web yang seakan-akan serupa dengan laman web bank tempatan. Membina laman web yang serupa bukan lagi mustahil memandangkan terdapat pelbagai perisian tersebut di pasaran.

Kemudiannya, satu email telah dihantar secara rambang yang memaklumkan kepada penerima email agar mengemaskini akaun melalui link yang disertakan. Maklumat tersebut telah disimpan di dalam sistem rekod yang dicipta oleh pelajar tersebut. Kerugiaan dianggarkan berjumlah Rm36,000.00!

Hakikatnya, perbankan Internet mash lagi selamat. Namun begitu, pihak bank-bank tempatan perlulah sentiasa meningkatkan keselamatan transaksi perbankan Internet agar ianya tidak mudah dicerobohi. Dibawah ini saya sertakan beberapa tips untuk mengelak dari kejadian seperti diatas.

a. Memastikan nama domain bank anda adalah betul. Contohnya jika anda menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank, pastikan nama domainnya ialah www.Maybank2u.com.my dan bukan nama domain yang lain.

b. Sebarang masalah teknikal, hendaklah berurusan terus dengan bahagian teknikal bank anda melalui email yang diberikan atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan. Tanya seberapa banyak soalan sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

c. Jika terdapat email yang meragukan meminta anda mengemaskini akaun anda, dapatkan keterangan lanjut dari ‘technical support’ bank anda. Jika email tersebut palsu, laporkan dengan segera kepada pihak yang berkenaan.

Apa yang penting disini ialah menggunakan perbankan Internet amat disarankan tetapi anda harus berhati-hati dalam setiap urusan yang dilakukan. Pihak bank menyediakan sistem keselamatan, tetapi kecuaian dari anda boleh berlaku tanpa anda sedari!

http://www.ideaperniagaan.com/

3 comments Oktober 13, 2006

7 Kunci Kejayaan Perniagaan Internet

Agak ramai yang memasang impian untuk menempa kejayaan khususnya kejayaan peribadi. Namun, tidak ramai yang sanggup berusaha untuk menjadikan sesebuah kejayaan itu satu realiti. Mengapa?

Untuk mencapai kejayaan bukannya mudah. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi dan banyak bergantung kepada sikap individu. Kejayaan akan terhasil melalui perancangan dan disiplin yang kuat pada diri sendiri. Berikut adalah 7 kunci yang mampu membuka pintu kejayaan kepada diri anda.

1. Motivasi diri : Anda perlu sentiasa memotivasikan diri. Setidak-tidaknya pilihlah idola yang berkaitan dengan kejayaan yang ingin anda capai. Contohnya, jika anda mahu berjaya di dalam perniagaan internet, jadikanlah Irfan Khairi sebagai idola & motivasi kepada diri anda!

2. Selalu tersenyum : Orang yang nampak kejayaannya di masa hadapan akan sentiasa tersenyum. Senyum itu satu motivasi dalaman yang meransang otak agar berfikir dengan lebih positif dan mampu mengurangkan cetusan-cetusan idea yang negatif.

3. Hargai diri : Tidak ramai orang yang mampu menghargai diri sendiri. Memang di akui setiap manusia itu mempunyai kelemahannya. Tetapi, jangan di jadikan kelemahan itu satu faktor yang menghalang kejayaan. Sebaliknya, kelebihan yang ada ditonjolkan dan sentiasa diperbaiki agar kelemahan itu dapat dikurangkan.

4. Yakin dengan kemampuan diri : Adanya keyakinan, semua perkara yang ingin anda lakukan akan tetap terhasil. Hanya cara sahaja yang membezakannya! Jika anda yakin dengan kemampuan diri dan mengenetepikan kritikan yang menjatuhkan anda, pasti anda akan lebih berjaya!

5. Keinginan untuk berjaya : Memang benar! Untuk berjaya, anda mesti mempunyai keinginan untuk berjaya. Sama lah halnya jika anda mahu menjadi jutawan, anda perlu menanamkan keinginan di dalam diri anda untuk menjadi jutawan! Cara ini akan mendorong akan membuat keputusan ke arah kejayaan!

6. Berkawan dengan mereka yang telah berjaya : Jika kita lihat, ramai mereka yang berjaya bergaul dengan orang-orang yang telah berjaya. Tujuannya bukan sekadar kawan tetapi isi kandungan di dalam pergaulan. Orang yang berjaya sentiasa berbual mengenai cara-cara untuk berjaya, motivasi kendiri dan bertukar-tukar pendapat.

7. Hindari dari golongan yang berfikiran negatif : Jangan sesekali menghampiri mereka kerana segala kritikan dan pendapat-pendapat negatif yang dilontarkan mampu menjatuhkan keinginan anda untuk berjaya! Mereka ini ibarat virus yang boleh meranapkan impian seseorang!

7 kunci kejayaan yang saya sebutkan di atas diharap dapat membantu anda untuk merancang kejayaan yang lebih bererti. Biarlah kejayaan itu meninggalkan kenangan manis sehingga ke anak cucu!

http://www.ideaperniagaa.com/

Add comment Oktober 12, 2006


Calendar

Oktober 2006
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kiriman Terbaru

Arkib

Blog Sahabat

Blog Stats