Archive for 12 Oktober 2006

7 Kunci Kejayaan Perniagaan Internet

Agak ramai yang memasang impian untuk menempa kejayaan khususnya kejayaan peribadi. Namun, tidak ramai yang sanggup berusaha untuk menjadikan sesebuah kejayaan itu satu realiti. Mengapa?

Untuk mencapai kejayaan bukannya mudah. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi dan banyak bergantung kepada sikap individu. Kejayaan akan terhasil melalui perancangan dan disiplin yang kuat pada diri sendiri. Berikut adalah 7 kunci yang mampu membuka pintu kejayaan kepada diri anda.

1. Motivasi diri : Anda perlu sentiasa memotivasikan diri. Setidak-tidaknya pilihlah idola yang berkaitan dengan kejayaan yang ingin anda capai. Contohnya, jika anda mahu berjaya di dalam perniagaan internet, jadikanlah Irfan Khairi sebagai idola & motivasi kepada diri anda!

2. Selalu tersenyum : Orang yang nampak kejayaannya di masa hadapan akan sentiasa tersenyum. Senyum itu satu motivasi dalaman yang meransang otak agar berfikir dengan lebih positif dan mampu mengurangkan cetusan-cetusan idea yang negatif.

3. Hargai diri : Tidak ramai orang yang mampu menghargai diri sendiri. Memang di akui setiap manusia itu mempunyai kelemahannya. Tetapi, jangan di jadikan kelemahan itu satu faktor yang menghalang kejayaan. Sebaliknya, kelebihan yang ada ditonjolkan dan sentiasa diperbaiki agar kelemahan itu dapat dikurangkan.

4. Yakin dengan kemampuan diri : Adanya keyakinan, semua perkara yang ingin anda lakukan akan tetap terhasil. Hanya cara sahaja yang membezakannya! Jika anda yakin dengan kemampuan diri dan mengenetepikan kritikan yang menjatuhkan anda, pasti anda akan lebih berjaya!

5. Keinginan untuk berjaya : Memang benar! Untuk berjaya, anda mesti mempunyai keinginan untuk berjaya. Sama lah halnya jika anda mahu menjadi jutawan, anda perlu menanamkan keinginan di dalam diri anda untuk menjadi jutawan! Cara ini akan mendorong akan membuat keputusan ke arah kejayaan!

6. Berkawan dengan mereka yang telah berjaya : Jika kita lihat, ramai mereka yang berjaya bergaul dengan orang-orang yang telah berjaya. Tujuannya bukan sekadar kawan tetapi isi kandungan di dalam pergaulan. Orang yang berjaya sentiasa berbual mengenai cara-cara untuk berjaya, motivasi kendiri dan bertukar-tukar pendapat.

7. Hindari dari golongan yang berfikiran negatif : Jangan sesekali menghampiri mereka kerana segala kritikan dan pendapat-pendapat negatif yang dilontarkan mampu menjatuhkan keinginan anda untuk berjaya! Mereka ini ibarat virus yang boleh meranapkan impian seseorang!

7 kunci kejayaan yang saya sebutkan di atas diharap dapat membantu anda untuk merancang kejayaan yang lebih bererti. Biarlah kejayaan itu meninggalkan kenangan manis sehingga ke anak cucu!

http://www.ideaperniagaa.com/

Add comment Oktober 12, 2006


Calendar

Oktober 2006
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kiriman Terbaru

Arkib

Blog Sahabat

Blog Stats