Archive for Januari 2007

Cover eBook 6 Teknik Membina Laman Web Mini

cover-6-teknik.gif

Ya, sebagaimana yang anda dapat lihat, ia merupakan cover ebook bagi buku 6 Teknik Membina Laman Web Mini yang telah saya hasilkan sendiri.

Diharapkan cover ebook ini dapat memberikan tanggapan positif dan hebat kepada anda. Jika anda mempunyai ebook, sewajarnya mestilah memiliki cover ebook yang menarik dan mampu memberikan tanggapan tentang isi kandungan ebook tersebut.

Jika anda bukan pakar grafik dan tidak mampu untuk membayar upah merekabentuk ebook cover anda yang sesetengahnya mencaj sehingga Rm100.00 untuk satu cover!! (Amat mahal pada saya, tetapi bergantung kepada kualiti grafik ebook tersebut).

Anda boleh menempah cover ebook dari saya dengan harga antara Rm18-Rm28 sahaja. Terdapat hanya dua jenis cover ebook iaitu standard ebook cover (Rm18) dan Box ebook cover (Rm28). :-) .

Hanya emailkan ke lee_niza@yahoo.com dan saya akan berikan sample ebook cover yang telah saya reka bentuk. :-) . Salam bisnes dari saya.

www.ideaperniagaan.com

9 comments Januari 15, 2007

6 Teknik Membina Laman Web Mini (Perniagaan)

preview6.gif

Sebagaimana yang sudah saya maklumkan kepada anda, saya di dalam proses pembikinan ebook terbaru iaitu “6 Teknik Membina Laman Web Mini (Perniagaan)”. Setakat ini, sudah mencapai tahap 80% hampir siap.

Mulai hari ini, saya akan menceritakan perkembangan mengenai eBook tersebut sehinggalah ianya siap sepenuhnya. Pada anda mungkin sudah ramai yang tahu bagaimana membina laman web, tetapi sebenarnya masih ramai lagi yang tidak tahu membina laman web yang berkualiti dan mampu menarik pengunjung untuk terus membeli produk yang anda tawarkan. (Saya ada rahsianya…!!)

Oleh itu, atas inisiatif saya dan dengan kesempatan untuk berkongsi ilmu yang ada dengan anda, saya telah berusaha untuk menghasilkan eBook ini.

Saya menjanjikan satu kelainan di dalam eBook ini di mana anda mampu membina laman web yang canggih, cantik dan berkualiti serta mampu mencapai jumlah pengunjung yang tinggi! :-)

Anda tentu ingin tahu bagaiamana caranya untuk membina laman web dalam masa yang singkat tetapi menarik dan lengkap serta memenuhi ciri-ciri laman web perniagaan yang sebenar!

Setiap teknik yang ditunjukkan di dalam eBook ini cukup jelas dan disertakan dengan gambarajah agar anda lebih mudah difahami. Malah, saya juga akan menyertakan sekali perisian yang sering saya gunakan untuk perniagaan internet milik saya sendiri. :-)

Anda perlu sedar bahawa 80% perniagaan internet gagal kerana rekabentuk laman web dan isi kandungannya yang kurang berkualiti dan tidak memenuhi kehendak perniagaan internet yang sebenar!

Anda juga perlu tahu bahawa kejayaan sesebuah perniagaan internet bergantung kepada cara persembahan “sales letter” kepada pengunjung! Bagaiamana? Nantikan “preview” yang akan saya berikan kepada anda dari masa ke semasa!

www.ideaperniagaan.com

2 comments Januari 10, 2007

Jom Guna iTalk Mobile…!!!

iTalk Mobile, Bayar Kurang Cakap Lebih..!!

Baru-baru ini saya ada cuba mengunakan iTalk Mobile (satu produk inovasi dari Telekom Malaysia – Syabas!!) ternyata ianya memang amat mudah dan menjimatkan panggilan saya, terutamanya panggilan yang agak jauh. :-)

Mulanya saya agak ragu-ragu kerana takut akan di caj ke dalam bil telefon atau prepaid (telefon bimbit), namun sebaliknya berlaku. Ia hanya di caj pada akaun iTalk Mobile sahaja!! (hehehe… maklumlah, pengguna baru… :-) ).

iTalk Mobile ni sesuai untuk anda yang “kaki gayut” atau ramai pelanggan penting yang perlu dihubungi hampir setiap hari err.. macam saya. Penjimatan yang saya perolehi hampir 50% daripada kebiasaan!!

Err…. jika anda mahukan maklumat lanjut dan mendapatkan harga produk iTalk Mobile di bawah harga pasaran, sila ke www.iTalkMobile.ZoneIklan.com. (tak boleh cerita panjang2, nanti SPAM pulak :-) ).

www.iTalkMobile.ZoneIklan.com

Add comment Januari 4, 2007

Selamat Tahun Baru 2007….!!

Akhirnya, tahun 2007 telah pun muncul. Di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia. :-) (rasanya tak terlewat untuk saya mengucapkannya).

Agak lama saya tidak menulis di Blog ini. Kira-kira lebih dari sebulan. Satu tempoh yang agak lama bagi usahawan internet (macam saya… hehehhe..) Jika anda pengunjung setia Blog ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anda.

Saya agak sibuk kebelakangan ini. Namun, saya tidak meninggalkan tugas2 sebagai seorang usahawan internet. Banyak yang saya pelajari sepanjang tahun 2006. Jika difikirkan kembali, saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan menjana pendapatan melalui internet! :-)

Dari seorang yang tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan internet, kini sedikit sebanyak saya telah mempelajarinya sepanjang tahun 2006. Pendapatan yang diperolehi pada tahun lepas, pada saya sudah cukup berbaloi walaupun tidak membuatkan saya kaya tetapi ianya satu pengalaman yang cukup menarik.

Oh ya!. Saya juga sudah agak lama tidak “update” laman web www.ideaperniagaan.com. Saya sendiri agak kecewa juga tetapi InsyaAllah pada tahun ini, semuanya akan kembali seperti biasa. Jika anda mengunjungi www.ideaperniagaan.com, tentu anda melihat CD yang bertajuk “6 Teknik Membina Laman Web Mini (Perniagaan)”.

Untuk pengetahuan anda, eBook tersebut masih di dalam proses pembikinan. Pada tahun ini, saya bercadang untuk menghasilkan 2 eBook. 1 sudah ada di dalam perancangan dan satu lagi dalam proses mencari idea.

Sepanjang tahun 2006 juga saya telah menghasilkan 3 laman web perniagaan iaitu www.ideaperniagaan.com, www.ebook.ideaperniagaan.com dan www.zoneiklan.com. Ketiga2 web tersebut telah memberikan pulangan yang baik pada saya dan melebihi kos pembikinan. :-)

Nantikan topik terbaru dan juga newsletter yang sudah agak lama saya tidak hantar kepada anda! Mulai minggu depan, anda akan memperolehi satu topik yang amat menarik dari saya!

www.ideaperniagaan.com

Add comment Januari 4, 2007


Calendar

Januari 2007
I S R K J S A
« Nov   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kiriman Terbaru

Arkib

Blog Sahabat

Blog Stats