Selamat Tahun Baru 2007….!!

Januari 4, 2007

Akhirnya, tahun 2007 telah pun muncul. Di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia. :-) (rasanya tak terlewat untuk saya mengucapkannya).

Agak lama saya tidak menulis di Blog ini. Kira-kira lebih dari sebulan. Satu tempoh yang agak lama bagi usahawan internet (macam saya… hehehhe..) Jika anda pengunjung setia Blog ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anda.

Saya agak sibuk kebelakangan ini. Namun, saya tidak meninggalkan tugas2 sebagai seorang usahawan internet. Banyak yang saya pelajari sepanjang tahun 2006. Jika difikirkan kembali, saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan menjana pendapatan melalui internet! :-)

Dari seorang yang tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan internet, kini sedikit sebanyak saya telah mempelajarinya sepanjang tahun 2006. Pendapatan yang diperolehi pada tahun lepas, pada saya sudah cukup berbaloi walaupun tidak membuatkan saya kaya tetapi ianya satu pengalaman yang cukup menarik.

Oh ya!. Saya juga sudah agak lama tidak “update” laman web www.ideaperniagaan.com. Saya sendiri agak kecewa juga tetapi InsyaAllah pada tahun ini, semuanya akan kembali seperti biasa. Jika anda mengunjungi www.ideaperniagaan.com, tentu anda melihat CD yang bertajuk “6 Teknik Membina Laman Web Mini (Perniagaan)”.

Untuk pengetahuan anda, eBook tersebut masih di dalam proses pembikinan. Pada tahun ini, saya bercadang untuk menghasilkan 2 eBook. 1 sudah ada di dalam perancangan dan satu lagi dalam proses mencari idea.

Sepanjang tahun 2006 juga saya telah menghasilkan 3 laman web perniagaan iaitu www.ideaperniagaan.com, www.ebook.ideaperniagaan.com dan www.zoneiklan.com. Ketiga2 web tersebut telah memberikan pulangan yang baik pada saya dan melebihi kos pembikinan. :-)

Nantikan topik terbaru dan juga newsletter yang sudah agak lama saya tidak hantar kepada anda! Mulai minggu depan, anda akan memperolehi satu topik yang amat menarik dari saya!

www.ideaperniagaan.com

Entry Filed under: Umum. .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calendar

Januari 2007
I S R K J S A
« Nov   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kiriman Terbaru

Arkib

Blog Sahabat

Blog Stats