Archive for 10 Januari 2007

6 Teknik Membina Laman Web Mini (Perniagaan)

preview6.gif

Sebagaimana yang sudah saya maklumkan kepada anda, saya di dalam proses pembikinan ebook terbaru iaitu “6 Teknik Membina Laman Web Mini (Perniagaan)”. Setakat ini, sudah mencapai tahap 80% hampir siap.

Mulai hari ini, saya akan menceritakan perkembangan mengenai eBook tersebut sehinggalah ianya siap sepenuhnya. Pada anda mungkin sudah ramai yang tahu bagaimana membina laman web, tetapi sebenarnya masih ramai lagi yang tidak tahu membina laman web yang berkualiti dan mampu menarik pengunjung untuk terus membeli produk yang anda tawarkan. (Saya ada rahsianya…!!)

Oleh itu, atas inisiatif saya dan dengan kesempatan untuk berkongsi ilmu yang ada dengan anda, saya telah berusaha untuk menghasilkan eBook ini.

Saya menjanjikan satu kelainan di dalam eBook ini di mana anda mampu membina laman web yang canggih, cantik dan berkualiti serta mampu mencapai jumlah pengunjung yang tinggi! :-)

Anda tentu ingin tahu bagaiamana caranya untuk membina laman web dalam masa yang singkat tetapi menarik dan lengkap serta memenuhi ciri-ciri laman web perniagaan yang sebenar!

Setiap teknik yang ditunjukkan di dalam eBook ini cukup jelas dan disertakan dengan gambarajah agar anda lebih mudah difahami. Malah, saya juga akan menyertakan sekali perisian yang sering saya gunakan untuk perniagaan internet milik saya sendiri. :-)

Anda perlu sedar bahawa 80% perniagaan internet gagal kerana rekabentuk laman web dan isi kandungannya yang kurang berkualiti dan tidak memenuhi kehendak perniagaan internet yang sebenar!

Anda juga perlu tahu bahawa kejayaan sesebuah perniagaan internet bergantung kepada cara persembahan “sales letter” kepada pengunjung! Bagaiamana? Nantikan “preview” yang akan saya berikan kepada anda dari masa ke semasa!

www.ideaperniagaan.com

2 comments Januari 10, 2007


Calendar

Januari 2007
I S R K J S A
« Nov   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kiriman Terbaru

Arkib

Blog Sahabat

Blog Stats