Beli Buku Secara Online
Jika dahulu, rakyat Malaysia masih agak ragu-ragu dengan konsep membeli belah secara online. Namun, pada hari ini anda sendiri dapat melihat perkembangannya dari sehari ke sehari. Selaras dengan peningkatan pengetahuan mengenai perniagaan internet yang positif dan pengurangan penipuan (kecuali program buat wang).
Jika anda selalu melayari internet, tentu anda berjumpa dengan beribu-ribu laman web yang menjual ebook (electronik book) secara online dengan konsep laman web mini. Pelbagai maklumat yang diberikan dan produk percuma di tawarkan agar pelawat tertarik dengan produk tersebut.
Mungkin anda belum sedar bahawa konsep e-dagang ini telah pun diperluaskan ke sekolah-sekolah di Malaysia. Satu perkembangan yang cukup baik! Tahukah anda, pada masa akan datang, ibu bapa serta murid tidak perlu lagi berpusu-pusu membeli buku di koperasi.
Memang benar! satu syarikat milik penuh Bumiputera iaitu Ramadhan Consultancy Services Sdn Bhd (RCSSB) telah memperkenalkan konsep eKoperasi. eKoperasi ialah konsep jualan melalui internet yang aplikasinya diguna pakai oleh koperasi sekolah. Satu laman web akan dibina dan murid atau ibu bapa boleh mengakses dari mana sahaja.
Senarai barangan di pamerkan secara maya dan ibu bapa boleh menempah secara online. Bayaran boleh dilakukan dengan beberapa pilihan seperti kad kredit, bank transfer, cek dan sebagainya. Buku akan terus di hantar ke rumah selepas pembayaran. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu lagi berasak-asak pada setiap musim persekolahan.
Konsep ini juga mampu mengelakkan penipuan oleh anak-anak yang menyalahgunakan wang untuk membeli barangan yang tidak berfaedah. Malah ia secara tidak langsung mendidik anak-anak terhadap konsep e-dagang dan pada masa akan datang mampu berniaga sendiri secara online.
RCSSB mensasarkan 3,000 eKoperasi pada penghujung tahun 2006 dan untuk semua sekolah di seluruh negara pada Oktober 2007. Ini jelas menunjukkan pada masa akan datang konsep e-dagang ini semakin diterima oleh rakyat Malaysia!
Adakah anda mempunyai sebab lain yang menafikan kelebihan perniagaan internet (bukan program buat wang) ? Sudah tentu tidak! Tidak ada salahnya anda cuba menceburi bidang perniagaan internet ini. Modalnya terlalu kecil dan anda boleh mulakan dengan modal kurang dari Rm100 sebenarnya!
Oh ya! jangan lupa mengunjungi laman web saya untuk dapatkan tips-tips dan berita terkini berkaitan dengan perniagaan internet.
1 comment September 28, 2006
Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi Anda
Sudah agak lama saya tidak menulis mengenai pengurusan kewangan peribadi. Harap, anda masih terus setia bersama dengan saya. Pada hari ini saya akan menyentuh mengenai Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi.
Umumnya ramai yang mengetahui bahawa penyata aliran tunai kewangan (aliran tunai keluar masuk) banyak digunakan di dalam perniagaan. Namun, ramai juga yang tidak sedar bahawa penyata aliran tunai ini juga boleh di praktikkan di dalam pengurusan kewangan peribadi.
Saya sendiri mempunyai Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi. Setiap pendapatan dan perbelanjaan harian, saya rekod di dalam daftar aliran tunai. Ini memudahkan saya untuk mengenalpasti perbelanjaan yang tidak penting dan boleh dianggap membazir. Malah, secara tidak langsung, saya juga dapat melihat status kedudukan kewangan semasa.
Saya mempunyai format Penyata Aliran Kewangan Peribadi yang dicipta oleh saya sendiri. Ia cukup mudah dan ‘users friendly’. Apa yang menariknya, saya hanya perlu memasukkan butir-butir pendapatan dan perbelanjaan sahaja. Untuk pengiraan secara keseluruhan, ia dilakukan secara automatik.
Format Penyata Aliran Kewangan Peribadi kepunyaan saya juga mampu memaparkan setiap bajet di awal bulan yang saya inginkan dan sekaligus dapat mengawal perbelanjaan agar tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan. Saya juga dapat menyediakan penyata kunci kira-kira pada setiap bulan dengan cepat. Adanya penyata kira-kira ini, saya dapat melihat sama ada saya boros atau pun tidak pada bulan tersebut!
Ini menunjukkan, mempunyai Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi pada masa kini amat diperlukan dalam mengurus dan mengawal perbelanjaan seharian. Jika anda inginkan format Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi tersebut, sila emailkan kepada saya di admin@ideaperniagaan.com.
Semoga dengan format Penyata Aliran Tunai Kewangan Peribadi ini, anda akan dapat berjimat cermat dan mengurus dengan baik!
39 comments September 20, 2006
Perniagaan Internet, Bukan Untuk Orang Malas!
Sebelum saya mengulas tajuk diatas, apakah perniagaan internet ini memang boleh dijalankan dengan begitu mudah sekali? Begitu besarkah pendapatan yang boleh diterima pada setiap hari?
Memang benar! Memang benar perniagaan internet cukup mudah untuk dimulakan. Memang benar juga, anda boleh mendapat pendapatan yang lumayan (jika kena caranya) di dalam perniagaan internet!
Namun begitu, untuk siapakah perniagaan internet ini? Adakah dengan hanya duduk di rumah anda sudah boleh mendapat pulangan yang lumayan? Adakah dengan hanya memiliki laman web, anda sudah boleh memperoleh pelanggan?
Hakikatnya, perniagaan internet ini samalah seperti perniagaan yang lain. Jika perniagaan offline banyak usaha yang perlu dilakukan bermula dari awal sehinggalah ke peringkat akhir, begitu juga dengan perniagaan internet.
Bezanya, perniagaan internet memerlukan usaha yang lebih diperingkat akhir iaitu promosi. Promosi wajib dilakukan agar users (pennguna internet), rakan-rakan, rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja dapat mengunjungi laman web anda sekaligus menjadi pelanggan!
Sedarlah, perniagaan internet bukanlah untuk orang yang malas untuk berusaha. Siapa kata dengan hanya ‘duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa’ boleh mendapat pendapatan yang besar? Usaha tetap perlu dilakukan pada setiap hari & masa.
Anda perlu bijak merangka strategi yang berkesan dalam setiap kerja yang anda lakukan dalam perniagaan internet. Jika tidak, bagaimana anda mahu menjadi usahawan internet? Perkataan usahawan itu sendiri menggambarkan bahawa usaha itu amat dituntut di dalam perniagaan.
Sekarang, cuba tanya pada diri anda, adakah anda akan cukup rajin dan kuat berusaha untuk menjadi usahawan internet atau setidak-tidaknya memiliki perniagaan internet?
6 comments September 14, 2006
Groups – Adakah Ianya SPAM?
Sebelum saya menerangkan dengan lebih jelas, sudahkah anda membaca artikel yang bertajuk “SPAM, Teknik Pemasaran Kategori Jenayah Siber” di dalam laman web saya? Jika belum, adalah lebih baik anda membacanya terlebih dahulu.
Hari ini saya ingin mengulas sedikit mengenai Groups. Antara Groups yang terkenal ialah Yahoo! dan Google. Persoalan yang saya ingin tanyakan kepada anda, adakah Groups ini SPAM? SPAM boleh saya definisikan sebagai pemasaran iklan secara langsung tanpa kebenaran dari empunya email, forum dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, ia mesti mempunyai kebenaran, jika tidak, ia adalah SPAM!
Untuk menyertai Yahoo! Groups atau Google Groups, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Ini bermaksud, anda bersetuju untuk menerima email pada setiap hari (termasuklah iklan-iklan) yang boleh mencapai sebanyak 50 email untuk satu Groups.
Jika diikutkan secara teorinya, ia bukanlah SPAM yang nyata kerana telah mendapat persetujuan daripada anda terlebih dahulu. Namun, kewujudan Groups yang dilancarkan oleh Yahoo! ataupun Google sebenarnya adalah lebih kepada tempat perbicangan dan berkongsi maklumat sesama ahli.
Di Malaysia, Groups di jadikan sebagai medan pengiklanan. Puluhan Groups yang wujud kepunyaan rakyat Malaysia lebih menjurus kepada iklan. Cuba anda tanya diri anda sendiri, adakah anda menyertai Groups untuk berbincang sesama ahli (setiap Groups mempunyai topik tersendiri) atau pun untuk mengiklankan produk anda?
Kedua-dua soalan diatas akan menjurus kepada persoalan “adakah anda sudah bersedia menerima ratusan email setiap hari?” Jika jawapannya ya, ia bukanlah SPAM bagi anda. Namun ia adalah SPAM bagi mereka yang tidak mahu menyertainya (melainkan Groups yang khusus kepada perbincangan & perkongsian maklumat yang tidak menjurus kepada iklan).
Apabila anda sudah menyertai Groups nanti, rajin-rajinlah membuka ratusan email (banyak iklan dari info) dan memadamnya pada setiap hari!
1 comment September 11, 2006
MPA jejak 10 laman web jual VCD haram
Sudahkah anda membaca surat khabar Berita Harian 04 Sept 2006? Anda berita yang amat menggemparkan terutamanya di dalam dunia perniagaan internet pada hari ini. Berikut adalah petikan daripada berita tersebut.
PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 10 laman web menjual cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak yang dihoskan diMalaysia, disenaraikan Motion Picture Association (MPA) sebagai laman web paling dikehendaki di dunia. MPA, yang mula mengesan kegiatan itu sejak enam tahun lalu, turut mengesyaki sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 100 laman web paling dikehendakinya kerana menjual DVD dan VCD cetak rompak, dihoskan di negara ini.
Pengurus MPA bagi Malaysia, Nor Hayati Yahaya, berkata pihaknya masih menyiasat dan mengumpul maklumat mengenai pengusaha laman web terbabit, kemungkinan besar dikendalikan rakyat tempatan. “Sejak awal tahun ini, kita sudah mengesan lapan kes seumpama itu dan usaha terus dibuat bagi membanteras kegiatan penjualan DVD dan VCD cetak rompak melalui internet,” katanya kepada Berita Harian semalam.
MPA meletakkan 100 laman web termasuk 10 laman web yang dipercayai dihoskan di
Malaysia dalam senarai paling dikehendaki berdasarkan kekerapan kunjungan dan transaksi yang dikesan.
Nor Hayati berkata, seseorang pengendali laman web tidak semestinya mengusahakan satu laman tetapi mempunyai dua atau tiga laman web lain. Bagaimanapun, mereka boleh membangunkan laman web menggunakan hos negara lain.
Siasatan MPA mendapati mereka menawarkan DVD filem terbaru pada harga AS$7 (RM26.60) atau AS$8 (RM30.40) dan menghantar bekalan selepas bayaran dibuat melalui talian.
“Pelanggan dikatakan berpuas hati dengan DVD dan VCD cetak rompak yang dibeli dari laman web negara ini kerana mutunya lebih baik berbanding yang dikeluarkan negara lain.
“Pengeluar DVD dan VCD cetak rompak di negara ini bijak menyusun strategi kerana produk yang dikeluarkan ditampilkan menarik seperti sarung atau bekas simpanan yang menyamai produk asli,” katanya.
Beliau berkata, lazimnya laman web yang dihoskan pengendali perkhidmatan internet (ISP) melalui pelayan (server) di luar negara, sukar dikesan pihak berkuasa sehinggalah MPA memaklumkan kegiatan itu kepada pihak terbabit.
“Pemantauan menunjukkan internet kini menjadi perantara penjualan DVD dan VCD berikutan gerakan penguatkuasaan dan tindakan tegas kerajaan memerangi penjualan produk cetak rompak.
“Operasi yang dikendalikan MPA bersama KPDNHEP terhadap lanun cetak rompak terutama mereka yang menjalankan kegiatan berteraskan internet menunjukkan mereka memperoleh pendapatan lumayan kerana mempunyai pelanggan tetap di seluruh dunia.
Nor Hayati berkata, antara 30 hingga 40 laman web ditutup sejak MPA dan pihak berkuasa menjalankan operasi mengesan kegiatan itu di negara ini. MPA bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Pos Malaysia dan syarikat penghantaran barang bagi mengesan kegiatan menjual DVD dan VCD cetak rompak melalui talian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KPDNHEP, Iskandar Halim Sulaiman, berkata kementerian menubuhkan pasukan petugas khas bagi memerangi kegiatan cetak rompak melalui internet Jun lalu dan sehingga ini lapan operasi dikendalikan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka. “Kita memandang serius aliran perniagaan ini kerana sebelum ini kita mengesan ada pihak menjual produk tiruan seperti barangan kulit melalui internet,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kepada anda yang terlibat dengan aktiviti seperti ini, adalah diminta supaya menghentikan dengan serta merta. Undang-undang negara amat tegas dengan pesalah-pesalah yang menyalahgunakan teknologi internet. Janganlah anda mengelapkan masa depan dunia perniagaan internet di Malaysia! http://www.ideaperniagaan.com/
1 comment September 4, 2006
Peluang Anda Merebut Hadiah!
Sebagaimana yang saya telah janjikan kepada anda, mulai 04 September 2006 ini Peraduan Jawab & Menang! Sila rujuk di laman web saya http://www.ideaperniagaan.com/ untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan soalan-soalan yang cukup mudah!
Oh ya! hari ini, PM kita iaitu Pak Lah akan mengumumkan Bajet 2007. Saya pasti, ramai yang menanti pengumuman tersebut, lebih-lebih lagi pegawai dan kakitangan kerajaan. Apa yang di war-warkan oleh Ceupacs, kakitangan kerajaan akan menerima bonus 2 bulan dan kenaikan gaji serta elaun khidmat awam. Apa pun, sama-samalah kita mendengar pembentangan Bajet 2007 kali ini.
Kepada usahawan-usahawan internet, Mungkin bajet kali ini akan memberikan sedikit impak kepada anda berikutan perkembangannya yang semakin meluas.
Jangan lupa menyertai peraduan yang saya anjurkan buat julun-julung kalinya di laman web saya.
Add comment September 1, 2006
Peraduan Jawab & Menang! Sungguh Mudah!
Sudah agak lama saya tidak menulis di laman blog ini. Rasanya lebih daripada seminggu. Satu tempoh yang agak lama bagi usahawan internet! Sebenarnya bukanlah saya mahu menyepi, tetapi saya sibuk di belakang tabir.
Sejak minggu lepas, saya sibuk memahami dan mempelajari kaedah dan teknik pelaburan dalam unit amanah. Banyak ilmu-ilmu yang baru saya perolehi. Semua ini gara-gara saya ingin menjadi seperti Azizi Ali, seorang Jutawan Hartanah terkenal di Malaysia!
Saya memiliki beberapa buah buku beliau dan mempraktikkan sedikit sebanyak apa yang terkandung di dalam buku tersebut. Hasilnya memang agak mengkagumkan! Kedudukan kewangan saya bertambah baik dan kukuh! Beliau merupakan mentor saya dalam pengurusan kewangan!
Oh, ya.. sepanjang minggu lepas juga saya telah ‘update’ laman web saya dengan menambah beberapa info dan perkhidmatan pembayaran (kini boleh membuat pembayaran melalui e-gold dan maybank2u.com.my). Hari ini, proses ‘update’ yang terakhir sedang dilakukan dan pada bila-bila masa, saya akan ‘upload’ ke dalam server.
Ada berita baik untuk anda! Pada 04 Sept 2006 ini, saya dengan rasa berbesar hati dan sukacitanya telah menganjurkan Peraduan Jawab & Menang! Hanya dengan menjawab 10 soalan mudah, anda berpeluang memenangi hadiah yang menarik! Jom sertainya…
2 comments Ogos 28, 2006
Email, Pemasaran Internet Paling Efektif ~ Elak SPAM!
Pada masa kini, email menjadi satu alat promosi yang kebanyakkannya digunakan oleh usahawan-usahawan internet. Ia menjadi satu alat perhubungan yang paling efektif secara tidak langsung membantu mempromosikan produk yang dijual.
Email-email yang diperolehi melalu borang yang pelanggan subcribe untuk berdaftar mahupun mendapatkan sesuatu yang PERCUMA! Kebiasaanya, software yang digunakan ialah autoresponder dan juga script php.
Pelanggan akan menerima tips-tips PERCUMA pada setiap minggu! dan bukannya mempromosikan produk secara terus. Pada permulaan email, tips-tips dan teknik-teknik diberikan sehinggalah di penghujung email tersebut, diletakkan signature.
Setelah beberapa kali email dihantar, barulah promosi berkaitan produk dijalankan. Namun ianya bukan secara terus tetapi lebih kepada bagaimana produk tersebut boleh memberikan manafaat kepada pelanggan!
Pada waktu saya menulis ini, masih ramai lagi yang menjalankan promosi melalui email dengan cara SPAM! SPAM merosakkan dunia perniagaan internet! Elakkannya sebelum bidang yang baru mula imengorak langkah untuk maju di Malaysia ini dipandang sepi!
Ramai yang tidak tahu apa itu SPAM. SPAM merupakan email yang dihantar kepada penerima email tanpa kebenaran penerima yang mengandungi iklan-iklan atau promosi berkaitan produk yang dijual!
Cara yang terbaik untuk mendapatkan email ialah dengan menggunakan autoresponder! Saya berharap email-email SPAM yang berleluasa ini dapat dikurangkan!
5 comments Ogos 16, 2006
Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet Dalam Masa 7 Hari!
Setelah tiga hari berturut-turut saya berkongsi dengan anda hal-hal kewangan, hari ini kita berbalik semula kepada soal perniagaan internet. Sebelum tajuk ini, saya ada memberikan kepada anda tentang kelebihan merancang perniagaan internet. Hari ini, saya akan berikan kepada anda bagaimana dalam masa 7 hari, anda boleh membina perniagaan internet!
Secara umumnya, anda tahu bagaimana hendak merancang untuk memulakan perniagaan internet. Namun, bagaimana teknik yang terbaik boleh anda aplikasikan dalam proses merancang? Dengan teknik yang saya berikan dibawah ini, pasti anda mampu melakukannya!
a. Hari pertama : Mengenalpasti permintaan dan penawaran di internet. Memilih produk dan mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang ada pada produk pesaing.
b. Hari kedua : Membina, mencipta, membangun atau mendapatkan produk. Mengenalpasti kelebihan pada produk tersebut dan menambahkan kelebihan-kelebihan yang ada pada produk pesaing ke dalam produk anda!
c. Hari ketiga : Memeriksa produk anda semula dan memperbaiki kelemahan yang wujud. Seboleh-bolehnya, pastikan produk anda mampu menarik perhatian pengunjung seterusnya membeli produk anda!
d. Hari keempat : Memilih nama domain dan web hosting yang terbaik. Pilih kata kunci (keywords) yang sesuai dengan produk anda dan keywords tersebut mempunyai rangking yang tinggi (tidak perlu terlalu tinggi).
e. Hari kelima : Bangunkan laman web mini anda yang pertama. Pastikan anda menggunakan SEO dan jangan sesekali meletakkan Black SEO! dan laman web anda bukanlah SCAM!
f. Hari keenam : Pilih kaedah pemasaran yang sesuai. Buat sedikit kajian mengenai potensi bagi setiap pengiklanan dari segi jumlah pengunjung dan convention rate.
g. Hari ketujuh : Lancarkan bisnes perniagaan internet anda. Lakukan promosi secara meluas di internet (secara online) dan juga secara offline. Jangan sesekali anda melakukan SPAM!
7 hari yang penuh dengan usaha-usaha membina empayar perniagaan internet anda. Semoga anda berjaya!
5 comments Ogos 14, 2006
Peluang Pelaburan Unit Amahah di Malaysia
Sebagaimana yang telah saya janjikan semalam, hari ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai unit Amanah. Di Malaysia, unit Amanah yang paling mendapat sambutan ialah ASB. Tetapi sebelum itu, ASN telah muncul terlebih dahulu dan telah memberikan pulangan sebanyak 20% pada tahun pertama (1981).
Oleh kerana pada masa itu, pulangan yang diberikan amat tinggi, ramai yang tertarik untuk menyertai ASN. Selepas itu, wujud pula ASB yang kini menjadi tempat pelaburan utama rakyat Malaysia. Nilai dana yang dimiliki oleh PNB pada tahun 2002 ialah hampir 60 billion! Sehingga hari ini, dana unit Amanah terus bertapak kukuh di Malaysia.
Unit Amanah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya :
a. Pemilihan sekuriti yang terbaik : Satu badan khas ditubuhkan untuk menilai pasaran, penyata kewangan syarikat, mengenalpasti prestasi dan bijak menguruskan portfolio. Semua ini dilakukan sebelum pelaburan dibuat.
b. Pelbagai pelaburan : Sebaik anda melabur di dalam unit Amanah, duit anda akan dilaburkan ke dalam pelbagai jenis pelaburan seperti saham, bon, sekuriti dan sebagainya. Ini dilakukan risiko kerugian dapat dikurangkan berbanding dengan melabur hanya pada satu tempat sahaja.
c. Pelaburan minimum : Setakat ini, ASB menerima jumlah pelaburan permulaan yang paling minimum iaitu Rm100. Jadi anda mampu untuk menyertai pelaburan di dalam unit Amanah. Tambahan pula, anda boleh menambah tidak kira berapa jumlah yang anda mahukan selepas itu.
d. Cukup selamat : Tidak ada satu unit Amanah yang diberikan sebagai pinjaman. Semuanya digunakan untuk pelaburan. ASB juga walaupun mempunyai skim pinjaman, dana tersebut hanya diberikan kepada peminjam selepas peminjam selesai menjelaskan bayaran penuh mengikut tempoh yang ditetapkan!
Hanya dengan 4 kelebihan unit Amanah di Malaysia ini, cukup untuk anda yakin bahawa anda tidak akan rugi jika melabur ke dalam unit Amanah. Jika anda takut pada risiko, laburlah ke dalam ASB. Pasti menguntungkan!
9 comments Ogos 11, 2006